Wee Tegur Harga Flight, Menteri Dah Melenting.. Takkan Koyak?

Para wartawan bertanya saya tentang isu harga tambang penerbangan yang mahal dari Kuala Lumpur ke Tawau. Intipati jawapan saya seperti berikut:

1. Soal beli McDonald menggunakan KFC App mengarut. Menteri kena faham apa itu Super App yang kini lazim digunakan oleh pengguna. Super App adalah CARA HIDUP rakyat Malaysia. Ianya telah LAMA DIGUNAKAN.

2. Segala aduan yang dibawa oleh saya termasuk “printscreen” dalam Super App adalah SAHIH & ASLI. Tiket berharga RM3,138 untuk kelas ekonomi KUL-TWU memang WUJUD! Menuduh saya tak dapat membezakan kelas ekonomi dan kelas perniagaan itu adalah TIDAK BERASAS DAN MENGARUT!

3. Hairan juga YB Anthony Loke semalam mendedahkan bahawa Malaysia Airlines (MAG) sedang mengambil tindakan terhadap AirAsia kerana menjual tiket MAG di dalam Super Appnya. Kalau begitu, ianya membuktikan dakwaan yang saya ketengahkan adalah BENAR. Sampai MAG mengheret AirAsia ke mahkamah. Kesimpulannya AirAsia Super App memang didakwa kononnya mengaut keuntungan dengan menjual tiket MAG melalui Super App milik AirAsia. Eh, eh kalau begitu patutkah saya disindir kerana membawa satu masalah yang sahih?

4. Harga tambang tiket ekonomi KUL-TWU yang terdapat di dalam AirAsia Super App berharga RM3,138 berbanding pengumuman Anthony Loke semalam tiket ekonomi MH dari KUL-TWU ialah RM1,380. Persoalannya ialah siapa yang mengaut keuntungan RM1,758 ini (RM3,138-RM1,380)? MOT & MAVCOM patut SIASAT!

5. Memang diakui bahawa tiket penerbangan tidak mencukupi khususnya dari KL ke Tawau. Sebarang usaha kerajaan / MOT saya alu-alukan. Kenyataan YAB PM semalam untuk menurunkan harga tambang bagi penerbangan pergi balik Semenanjung ke Sabah & Sarawak, saya 100% sokong!

6. Anthony Loke menjemput saya ke KLIA untuk “sending off” penumpang AirAsia yang nak balik ke Tawau. YB apa hal ini? Sejak bila saya pernah menuduh AirAsia tidak menawarkan harga tambang yang berpatutan? Apa yang saya ketengahkan semua mengenai tiket ekonomi Malaysian Airlines, kenapa alih topik pula? Ini seolah-olah ada orang yang menempah KFC tapi YB Anthony “deliver” McDonald? Pendek kata, itu adalah “non-starter”, twisting namanya!






Post a Comment

4 Comments

  1. Hahaha.. last line tu tempah kfc diberi mc.d..
    kurang lebih sama la macam kes dengan kes undi ph dapat wakpono, dan undi bn dapat dap,
    tapi situasi lebih teruk sbb the later munkin semacam order camelion dihantar biawak lak hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kononnya menteri terbaik. Itu sebelum adanya umno dlm kabinet. Sekarang baru dia kenal erti sebenar.

      Delete
  2. UMNo menumpang kasih DAP@LeeKwanYew.. kata Mat Hassan

    UMNo bukan tuan...macai saje kah kah kah..!!
    Tuan UMNo ialah Lee Kwan Yew melalui proksi DAP... Ingat tu..!!

    Bila Zahid Dan Mat Asan jadi jurucakap UMNo.. ini lah bahana yang mendapat Link bawah ni haah.. lu fikir lah sindri

    https://suaramelayubaru.blogspot.com/2023/01/penentu-kedudukan-kerajaan-ds-anwar.html?m=1

    UMNo/BN kena buli atau kena kencing oleh rakan PH..!? Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution Ismail berkata PH dan BN bersetuju parti yang memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan bertanding semula pada pilihan raya akan datang di enam negeri.

    Beliau berkata konsensus itu dipersetujui semasa perbincangan awal mengenai peruntukan kerusi oleh PH dan BN untuk pilihan raya negeri.

    Di Selangor, Pakatan Harapan (PH) mempunyai 40 kerusi - 19 disandang PKR, DAP (15) dan Amanah (6).

    BN mempunyai lima kerusi di Selangor - Semenyih, Sungai Burong, Hulu Bernam, Sungai Panjang, Sungai Air Tawar - semuanya dimenangi Umno.

    Sampai mampos lah UMNo / BN kena main lagi nih... Bila nak kontrol percaturan atau kena catur kan..!!? Keretakan dalam gabungan antara Barisan Nasional (BN)-Pakatan Harapan (PH) itu sudah boleh dilihat apabila sekurang-kurangnya dua pemimpin kanan Umno Johor menegur beberapa pemimpin DAP dan PKR kerana melontarkan komen yang dianggap sebagai menghina parti UMNo (Melayu) itu.

    "Umno Hanya Penumpang, Bukan Tuan Rumah, Tuan rumah sebenar ialah Lee Kwan Yew di Singapura melalui proksi nya Parti DAP", Kata Tok Mat..

    Bila orang (UMNo) dah lemas tong taik pun orang (UMNo) boleh berpaut..mana ada hala tuju. Hala tuju kita(Umno) adalah untuk hidup menumpang kasih..", kata Mat Hasan lagi

    Makna kata UMNo sekarang ini hanya kuli dan macai Lee Kwan Yew@DAP dalam PH.. kah kah kah

    Haah tepokkkkk..!!!

    ReplyDelete
  3. Cekik darah betul tiket flight masa perayaan.

    ReplyDelete