Ini masanya rakyat kelantan menunjukkan soladiriti seruan adik arwah TGNA. Dun Chempaka boleh dikatakan dun legasi arwah TGNA.
Ini masanya rakyat kelantan menutup mulut Nik Amar dengan menolak undi Nik Amar. Cukuplah kelantan dimalukan kerana mulut celupar Nik Amar. Kelantan mempunyai ramai lagi pelapis dalam PAS yang mampu menggantikan tempat Nik Amar.
Apakah orang kelantan yang berada di DUN Panchor masih mahu memilih Nik Amar sebagai pemimpin mereka? Hmmmmm...
Tapi yang bertanding lawan Nik Amar tu pun, search kat google pun tak keluar nama... Hmmmm.. Kenapa tidak diletakkan calon BN untuk melawan Nik Amar.. Calon PKR sebelum ini, kalah deposit. Jeming Hassan.
Malaysiakini | Calon PAS dewan undangan negeri (DUN) Chempaka, Nik Bahrum Nik Abdullah mengambil sikap bertenang dan kekal memberi tumpuan terhadap kempen di sebalik ‘ribut’ yang melanda kerusi itu.
Ditanya mengenai desas-desus bahawa kerusi itu turut disasarkan bekas anggota Parlimen Bachok Nik Mohammad Abduh Nik Abdul Aziz untuk bertanding, dia berkata dia tidak tahu-menahu mengenai perkara itu.
“Saya tidak tahu hasrat ustaz Nik Abduh nak bertanding di situ dan saya pun tidak pernah berniat untuk menggantikan sesiapa.
“Urusan pemilihan dan penetapan calon adalah urusan pimpinan PAS pusat. Jadi tidak ada istilah ‘sailang’ (rampas) dalam kes ini, tambahan pula ustaz Nik Abduh adalah guru saya, mana mungkin anak murid lawan tok guru,” katanya kepada Malaysiakini.
Malam tadi Nik Bahrum tampil di majlis pengenalan calon bagi DUN di bawah parlimen Pengkalan Chepa yang diadakan di kawasan DUN Chempaka.
Turut sama calon DUN Kijang Dr Izani Husin dan calon DUN Panchor Mohd Amar Abdullah.
Terdahulu DUN Chempaka menjadi tumpuan selepas Nik Din Nik Mat iaitu adik kepada bekas menteri besar Kelantan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Mohd Amar adalah punca menyebabkan Nik Abduh tidak dicalonkan pada PRN kali ini bagi DUN Chempaka.
Nik Din mendakwa, pada awalnya Nik Abduh disenaraikan sebagai calon namun dihalang Mohd Amar dan menyatakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang sudah menghantar surat meminta PAS Kelantan menyenaraikan nama Nik Abduh.
Dakwanya, tindakan itu dibuat kerana Mohd Amar yang juga calon DUN Panchor tidak mahu keluarga Nik Abdul Aziz bertapak di kawasan Pengkalan Chepa.
Mohd Amar kemudiannya menafikan dakwaan itu dan menyifatkan kenyataan Nik Din sebagai fitnah terhadapnya.
Sementara itu mengulas tanggungjawab diberikan kepadanya di kerusi yang dianggap ‘legasi tok guru’, Nik Bahrum mengakui Allahyarham Nik Aziz Nik Mat meninggalkan kelompongan yang besar bukan sekadar di DUN Chempaka bahkan juga bagi negeri Kelantan.
“Pewaris selepasnya tentu bergelut untuk memenuhkan vacuum (kelompongan) tersebut.
“Jadi itulah perasaan saya, berfikir berkenaan kemampuan, kelemahan kerana saya adalah saya, bukan seorang tok guru apatah lagi peminpin hebat seperti itu,” kata peguam berusia 51 tahun itu.
Walaupun tampil sebagai calon muka baru, Nik Bahrum sebenarnya tidak asing di kalangan pengikut PAS Kelantan dan dikenali sebagai peguam PAS dengan jawatan pengerusi lajnah undang-undang PAS Kelantan.
Ditanya apakah isu-isu setempat yang perlu diberi perhatian di kawasan itu menurutnya Chempaka merupakan kawasan yang sudah cukup baik dari segi kemudahan dan prasarana.
“Cuma mungkin sedikit sebanyak isunya berkait dengan kualiti. Jadi ini mungkin isu yang saya perlu lihat nanti.
“Jalan raya dah ada tetapi mungkin ada yang berlubang atau bergerutu sekali gus perlu kepada penyelenggaraan. Itu yang akan saya tekankan,” jelasnya.
0 Comments