Politik Dendam Kekal, Reformasi Sudah Mati

Walau berubah parti macam mana sekali pun, ia kekal dengan tampuk dan cara lama. Adakah salah? Tidak...

Tetapi saban puluhan tahun kita dihidangkan retorik oleh PH, PR, BA dan pelbagai lagi gabungan politik pembangkang. Yang kononnya peruntukan mereka dirompak, negara dihujani rasuah, ratusan, puluhan juta rasuah. Rakyat dibebani otak dengan dakyah kononnya negara bakal muflis, ekonomi bakal collapse. Dan akhirnya... 

Mereka yang kononnya pejuang kini berada ditampuk pemerintahan. Reformasi pentadbiran? Itu semua dakyah tahi politik. 

Politik bangsa cina berjaya ditarbiah, dohasut dna akhirnya tumbangnya MCA dan timbulnya DAP yang dipelopori kaum cina tetapi digubal sedikit dengan pelbagai bangsa. 

Politik melayu kekal kebingungan. Dengan bersatu, pas dan umno. 3 parti besar memecahkan polemik undi melayu menjadi 3 penjuru. 

PKR yang kononnya bersikap liberal bangsa dan mempejuangkan keadilan demi rakyat. Pada hari ini telah tenggalam tertusuk nisan reformasi yang ditanam pada diri sendiri. 

Jika benar berlaku ketirisan, sakau, rompakan atau pelbagai nama lagi yang merujuk kepada rasuah pada peruntukan parlimen pada sebelum ini. Kenapa tidak disiasat dan tidak diheret ahli parlimen tersebut. Boleh tak? ... 🤣🤣




Post a Comment

0 Comments