Kapal Hospital Tentera Indonesia Sedia ke GAZA



Menteri Pertahanan Indonesia, Jeneral Prabowo Subianto mengumumkan Indonesia bersedia meletakkan Kapal Hospital Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL) di perairan Gaza bagi membantu Pasukan Perubatan Gaza merawat rakyat Gaza ketika ini. Rundingan akan dijalankan pihak Indonesia dengan negara terdekat seperti Mesir untuk menempatkan kapal ini di Perairan Gaza

TNI-AL mempunyai 2 buah Kapal Kelas Sudirohusodo iaitu Kapal Hospital Terapung Pelbagai Peranan. 2 kapal itu ialah KRI Dr. Radjiman Wedyodiningrat dan KRI Dr. Wahidin Sudirohusodo

2 kapal ini ialah Hospital Jenis C atau sama taraf kelengkapan dan krew dengan Hospital Besar Daerah dan berkhidmat dengan Armada Laut Pertama TNI-AL 

Ia mempunyai bilik kecemasan, bilik Asingan pesakit, bilik radiologi, bilik bersalin dan bayi, klinik, makmal,bank darah, bilik pembedahan, ICU dan HCU serta boleh membawa 3 helikopter untuk penerbangan ambulans udara. Ia juga mempunyai 2 buah bot ambulans. 2 LCVP dan 1 Bot RHIB sbg operasi sokongan

Post a Comment

0 Comments