Betul ke? Undi Melayu + Undi India Bakal Merebahkan DAP di Kuala Kubu Bharu?



Majoriti masyarakat India di Kuala Kubu Baharu dijangka akan mengundi calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut.

Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), P Punithan berkata, peralihan itu dijangka berlaku pada 11 Mei depan kerana masyarakat India sudah muak dengan janji mahu pun tawaran yang tidak direalisasi oleh kerajaan.

“Kita melihat akan ada lebih 50 peratus peralihan yang begitu besar kerana memang pengundi India marah kepada kerajaan, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Bila saya sebut ini mungkin ada pihak yang menafikan tapi kita tunggu pada hari pengundian. Ini adalah satu komitmen kepada MIPP, saya telah berjanji kepada masyarakat India bila berjumpa mereka bahawa PN akan memperjuangkan masa depan masuarakat India,” katanya.

Punithan berkata demikian ketika mengiringi Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang turun ke Batang Kali semalam.

Ditanya sama gerakan itu dibuat berdasarkan kepada faktor calon mahu pun kenyataan Perdana Menteri, Punithan berkata, gerakan itu dibuat adalah berdasarkan kepada pengundi India yang telah menolak Pakatan Harapan (PH) secara total.

“Saya rasa secara holistik PH ini menjadi satu punca (kaum India tidak akan undi calon PH).

“Tidak boleh kata faktor calon mahu pun Perdana Menteri, buat masyarakat India ingin berubah. Mereka tidak mahu PH dan menolak gabungan itu,” jelas beliau lagi.

Anwar dalam wawancara sesi “Soal Jawab bersama Perdana Menteri” di media arus perdana baru-baru ini berkata, kerajaan akan membantu setiap lapisan masyarakat tanpa mengabaikan mana-mana golongan.

Mengulas mengenai kenyataan itu, Punithan berkata, kenyataan Anwar menunjukkan  pemimpin utama PH itu jelas tidak memahami situasi sebenar yang dihadapi oleh kaum India di negara ini.

“Bila Perdana Menteri boleh kata kaum India jangan cemburu dengan kaum lain, ini menunjukan bahawa beliau tidak memahami kaum India. Kami tidak cemburu kepada sesiapa, kita mahu hidup dalam keadaan aman dan damai.

“Kami tidak pernah mempersoalkan tentang keistimewaan bumiputera Melayu tidak. Apa yang hak kaum India perlu di berikan keutamaan,” ujar Punithan lagi.

Untuk rekod, Kuala Kubu Baharu merupakan kerusi campuran dengan pecahan pengundi Melayu sebanyak 46 peratus, Cina (30 peratus) dan India (18 peratus) dan lain-lain (enam peratus).

DUN Kuala Kubu Baharu memiliki sekitar 7,000 pengundi India atau mewakili 18 peratus daripada keseluruhan pengundi.

Dua pusat daerah mengundi (PDM) merekodkan jumlah tinggi pengundi India adalah di Bukit Tagar dan Kerling.

Baki peratusan pengundi adalah masyarakat Orang Asli. 

– MalaysiaGazette

Post a Comment

1 Comments

  1. Amerika menuju negara bangkrap. Ramai hartawan dan billionaire Amerika akan jatuh miskin. Kejatuhan US Dollar menjadikan Rakyat Amerika ke Lembah kemiskinan.

    Dari dulu semasa Bossku dalam Kerajaan lagi sudah di peringat iaitu Malaysia perlu rapat kan diri dengan Pakatan BRICS.

    Sepatutnya Malaysia sudah menjadi anggota dalam Pakatan BRICS dan memainkan peranan penting di rantau Asia Tenggara seperti Afrika Selatan di benua Afrika, Brazil di Benua Amerika.

    Benua Africa seperti Burkina Faso, Mali, Niger, Sudan Kenya sudah mula membebas kan diri dari Apartheid France Germany UK USA.. PETRONAS patut melabur di sana..!!

    Menurut wakil IMF Rusia, BRICS bersedia untuk menawarkan alternatif kepada Dolar AS di tengah-tengah kejatuhan mata wang, dan blok itu mesti bersedia untuk kejadian sedemikian. Perikatan itu, yang terdiri daripada Rusia; India, China; Brazil; Afrika Selatan; dan negara yang menyokong, telah berusaha untuk meninggalkan Dolar AS untuk beberapa lama.

    Kejatuhan ahli ekonomi mungkin lebih teruk daripada krisis ekonomi 2008 dan meniru kemelesetan terburuk sejak 1929.

    Jika pasaran jatuh, BRICS akan mendapat manfaat kerana ekonomi AS akan mengalami akibat yang dibuat oleh mereka sendiri. Hutang tidak terkawal sebanyak $34.4 trilion semakin meningkat menyebabkan negara membangun lain meninggalkan dolar AS untuk perdagangan global.

    Blok BRICS telah beralih kepada teknologi blockchain untuk sistem pembayarannya yang serba baharu, menurut laporan.

    Sesungguhnya, usahanya telah berusaha untuk membina mata wang pesaing yang dibina di atas aset digital. Dolar AS masih jauh daripada terhempas sama sekali, namun, laluan ada untuk BRICS melakukan kerosakan.

    Kerajaan Papangang lansung tidak sensitive dan tidak bertanggungjawab membawa Malaysia menjadi hamba IMF, World Bank dan Amerika Syarikat.

    ReplyDelete