Titah adendum - Wujud atau tidak... Itu jer rakyat nak tahu



Seorang pemimpin Umno mempersoal kegagalan kerajaan menjawab mengenai kewujudan titah adendum diraja yang dikatakan mencadangkan tahanan rumah untuk Najib Razak.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi, berkata rakyat ingin mengetahui kewujudan titah berkenaan, bukannya sama ada titah adendum itu dibincangkan mesyurat Lembaga Pengampunan atau tidak.

"Rakyat tanya titah adendum itu wujud atau tidak? Rakyat tidak tanya titah adendum itu dibincang dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan. Soalan mudah," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Kenyataan Mohd Puad dibuat selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengulas perkara itu di Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Anwar hari ini enggan mengesahkan sama ada terdapat titah adendum diraja oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membenarkan tahanan rumah Najib atau tidak.

Anwar berkata dia tidak boleh mengulas kerana terbatas oleh undang-undang.

Bagaimanapun, dia berkata memandangkan perkara itu terus berbangkit, dia mencadangkan agar Agong sekarang, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mempertimbangkan perkara itu.

"Memandangkan perkara ini terus berbangkit, saya telah mencadangkan untuk dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong sekarang, untuk - pada masa yang dirasakan sesuai oleh Agong - merujuk perkara itu kepada Lembaga Pengampunan yang akan dipengerusikan oleh Agong," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Dia berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Sheikh Mohmed Puzi Sheikh Ali (BN-Pekan) yang bertanya sama ada Anwar bercadang untuk mengadap Sultan Pahang - yang didakwa mengeluarkan titah adendum itu - untuk menyelesaikan perkara berkenaan.

Post a Comment

1 Comments

  1. Isu 3R dari Lim Guan Eng.... Anwar Ibrahim lansung tak leh nak kata apa apa lagi dah.. Senyap bisu bedesup telo Anwar Ibrahim masuk lam jubo..!! Anak anak papa semua telo masuk lam perut bila Tokong cakap 3R... Kikikiki

    Pakatan UMNO dan PAS akan menjadikan hak-hak asasi bukan Islam dan bukan Melayu, yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, terhapus. Kata beliau lagi:
    Kerajaan baru yang diketuai oleh UMNO dan PAS akan menjadikan:

    (1) Bukan Islam dan bukan Melayu tidak boleh memegang jawatan Menteri dalam Kabinet;
    (2) Sekolah jenis kebangsaan yang mengajar bahasa ibunda ditutup;
    (3) Bukan Islam khususnya Kristian tidak boleh berkumpul untuk sembahyang;
    (4) Barangan dan perniagaan bukan Islam diboikot, klon GISB akan diujudkan semula.
    (5) Bukan Islam dan bukan Melayu yang menentang mereka digelar babi, pengganas dan komunis.

    Kelihatan agak jelas bahawa ini adalah ucapan
    kebencian (“hate speech”). Mengapa perlu Lim Guan Eng memainkan sentimen kaum.

    Kalau orang Melayu tidak mahu terancam, berilah sokongan supaya hasrat parti Islam PAS membuat persempadanan semula dengan memenangkan PAS/PN dalam Pilihan Raya Umum ke16 akan datang

    Saya ulangggg...

    Anwar Ibrahim lansung tak leh nak kata apa apa lagi dah.. Senyap bisu bedesup telo Anwar Ibrahim masuk lam jubo..!!

    Jangan harap dengan Ikan buntal tu... Ikan buntal dah Selamat bertahta dalam aquarium di dalam rumah taikun type C... Ikan buntal akan memburu sambil menyakau...link bawah Jom Boikot...

    https://vt.tiktok.com/ZS6JKaCdQ/

    Melayu Ikan buntal nak tunjuk jari tengah pada superman DAP... Ikan buntal ada jari ka..!?

    #JomBoikotUMobile

    ReplyDelete