Indonesia beli Dron Bayraktar Turkiye

Indonesia hari ini secara rasmi mengumumkan pembelian jumlah yang agak besar untuk Dron TB3 Bayraktar dan Dron Bayraktar Akinci dari syarikat pertahanan Türkiye, Baykar Technology 

Ia antara hasil perbincangan antara Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam lawatan rasmi Erdogan ke Jakarta hari ini 

Selain pembelian dron itu. Syarikat pertahanan tempatan Indonesia , Republikorp akan bekerjasama dengan Baykar untuk Indonesia membina dua dron berkenaan di Indonesia sendiri . Sekaligus Indonesia mempunyai teknologi dron dari Türkiye 

Perjanjian itu ditandatangani antara dua syarikat berkenaan diwakili Pengarah Besar Baykar Technology, Haluk Bayraktar dan Pengasas RepublikOrp, Norman Joesoef hari ini di hadapan dua Presiden kedua dua belah negara

TB3 Bayraktar merupakan dron diinspirasikan daripada TB2 Bayraktar yang mencapai kejayaan cemerlang dalam Perang Nagoro Karabakh antara Azerbaijan dan Armenia selain berjaya digunakan dalam beberapa pertempuran yang lain. Cuma TB3 ini spesifik untuk operasi laut

TB3 boleh berlepas daripada landasan yang pendek seperti kapal pengangkut pesawat dan sesuai untuk negara kepulauan seperti Indonesia. TB3 boleh membawa misil dan melaksanakan operasi perisikan, pemantauan dan Peninjauan ISR

Bayraktar Akinci pula merupakan dron Altitud Tinggi Jarak Jauh(HALE) yang boleh terbang setinggi 40,000 kaki dengan sayap sepanjang 20 meter dan dua enjin. Akinci boleh terbang lebih jauh dan memiliki teknologi Kecerdasan Buatan A.I untuk melaksanakan operasi operasi strategik termasuk serangan ke atas musuh

Pembelian Dron TB3 Bayraktar adalah sebanyak 60 buah dan 9 buah Dron Bayraktar Akinci 

Jumlah pembelian dianggarkan bernilai 1 Bilion USD


Post a Comment

0 Comments