Hari ini heboh di media sosial mengenai kejadian tingkap rumah penduduk pecah ketika sesi latihan pesawat sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25). Lebih mengejutkan, insiden ini berlaku semasa sesi latihan tahap satu sahaja, sedangkan hari pembukaan nanti akan menyaksikan aksi skala tiga yang lebih hebat!
Menurut laporan, bunyi kuat daripada pesawat pejuang yang membuat latihan formasi telah menyebabkan gegaran hingga memecahkan tingkap sebuah rumah di Langkawi. Mujurlah tiada kecederaan dilaporkan. Namun, kejadian ini menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk tentang keselamatan dan kesan latihan berterusan menjelang acara sebenar.
LIMA’25 sememangnya acara besar yang dinanti-nantikan, tetapi pihak penganjur dan pasukan keselamatan perlu lebih peka terhadap impak kepada komuniti setempat. Keselamatan awam tidak boleh dikompromi walaupun dalam semangat mempersembahkan kehebatan teknologi pertahanan negara.
Artikel asal : Mstar

0 Comments