PKR Hari Ini - Badan Tanpa Kepala... Kata Akmal Nasir



Bekas Ketua Cabang PKR Johor Bahru, Akmal Nasir, mengakui hampir menarik diri daripada bertanding dalam pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) selepas mendakwa berlaku penipuan dalam pemilihan cabang.

Tanpa menghuraikan bentuk penipuan, Ahli Parlimen Johor Bahru itu menyindir fenomena "badan tanpa kepala" – apabila satu pasukan menang keseluruhan jawatankuasa, tapi ketuanya tewas. Ironi yang berlaku di banyak cabang.

Namun demi solidariti bersama rakan-rakan seperjuangan yang turut merasa teraniaya, Akmal tetap bertanding. Lebih-lebih lagi apabila melihat adanya usaha sistematik menyingkirkan Rafizi Ramli dari kepimpinan parti.

Akmal, antara tokoh utama dalam kem Rafizi, sebelum ini tewas mengejut kepada Ketua Pemuda PKR Johor, Mohamad Taufiq Ismail. Hanya 587 undi memihak kepadanya, berbanding 709 undi buat lawannya.

"Saya bertanding demi kawan-kawan yang terus dizalimi. Dan demi Rafizi, yang cuba diketepikan secara halus."


Petikan Asal : Mkini 

Post a Comment

0 Comments