Video Merc Exciden Litar Sepang - Katanya Brek Salah, Kelajuan 229km/j ... Fuuuhhhhh



Insiden kemalangan di Litar Sepang baru-baru ini cetus perhatian selepas kereta Mercedes alami kegagalan brek pada kelajuan 229 km/j, lalu terbabas dan menghentam penghadang keselamatan pada 180 km/j.

Menurut perkongsian Azman Nor, pemandu adalah pelumba berpengalaman, manakala kereta dikatakan masih menggunakan brek stok walaupun dimaklumkan sudah dinaik taraf.

Fakta Penting Insiden:
  • Lokasi: Turn 15 back straight, Sepang.
  • Kelajuan: 229 km/j sebelum cuba brek – tiada kesan brek.
  • Impak: Langgar barrier pada 180 km/j.
  • Keputusan: Kedua-dua selamat, pemandu alami kecederaan tulang belakang.

Pengajarannya... Litar Sepang selamat, tapi kereta mesti dipersiapkan rapi. Brek & tayar minimum perlu naik taraf. Elak guna kereta stok untuk time attack runs. Buat pemeriksaan lengkap sebelum turun ke trek. Kalau tak mampu prep, sewa saja kereta spec track.
“Push lebih-lebih tanpa persiapan, boleh nangis dalam kereta sambil naik tow truck.” – Azman Nor
Semoga pemandu terlibat segera sembuh, dan insiden ini jadi peringatan buat semua peminat sukan permotoran.









Post a Comment

0 Comments