Anwar Bubarlah Parlimen! Jangan Takut, Himpunan Anwar 15k Sahaja - Tun Mahathir



Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membubarkan Parlimen sekali gus membolehkan pilihan raya umum (PRU) dilaksanakan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Anwar tidak perlu bimbang kerana penyokong kerajaan mendakwa hanya 15,000 hadir pada Himpunan Turun Anwar’ yang berlangsung pada Sabtu lalu.
“Dia tentu menang. Dengan PRU, Anwar akan tahu rakyat sokong dia atau tidak. Anwar bukan pilihan rakyat untuk jadi Perdana Menteri.

“Dia jadi PM kerana menghentikan perbicaraan seorang pemimpin supaya ia boleh bawa partinya sokong Anwar.

“Tetapi PRU boleh tentukan sokongan oleh rakyat benar dan demokratik. Oleh itu bubarlah Parlimen dan adakan PRU sekarang,” kata Dr. Mahathir.
Dr. Mahathir mendakwa, Anwar berani membuat cabaran supaya usul tidak percaya dilakukan di Parlimen.

Bagaimanapun dakwa bekas Perdana Menteri itu, semua ahli Dewan Rakyat yang menyokong Anwar amat takut akan tindakan yang akan diambil kepada mereka jika tidak memberikan sokongam.

“Ada antara penyokong Anwar yang akan kena penjara jika tidak diselamat oleh Anwar. Ada juga yang akan hilang peruntukan jika tidak sokong Anwar.

” Wakil rakyat yang sokong Anwar sokong kerana takut. Mereka tidak bebas. Sebab itu Anwar boleh menang kalau usul tidak percaya kepadanya dibahas dalam parlimen.

“Ahli UMNO yang menyertai perhimpunan raksasa pun sudah diugut, diberi amaran,” katanya

Post a Comment

0 Comments