Bahasa Melayu Pun Takut Nak Guna? Konon Promote Produk Kampung Baru

Masuk ke ruang yang kononnya membawa identiti Kampung Baru, tetapi satu ayat pun tidak menggunakan bahasa kebangsaan.
Papan tanda, penerangan produk, konsep dan naratif — semuanya berbahasa asing.

Kalau bahasa Melayu pun tidak layak dipamerkan di kedai yang menjual produk Melayu, apa lagi yang tinggal sebagai identiti Kampung Baru?

Sekadar nama dan lokasi?

Produk kampung bukan sekadar barang untuk dijual. Ia membawa sejarah, budaya, jiwa dan bahasa orang Melayu.

Mengangkat produk tanpa mengangkat bahasa ibarat menjual tubuh tanpa roh.
Bukit Bintang tidak pernah menolak bahasa Melayu. Yang menolaknya ialah mentaliti kita sendiri — takut tidak nampak “antarabangsa”, takut tidak laku, takut dianggap kampung.

Ironinya, pelancong datang ke Kampung Baru kerana keMelayuannya, bukan untuk melihat ia ditukar wajah sehingga hilang jati diri.

Jika benar mahu memartabatkan produk Kampung Baru, mulakan dengan perkara paling asas: bahasa kita sendiri.

Kalau bukan kita yang pertahankan, jangan terkejut satu hari nanti

Kampung Baru tinggal nama, Melayunya tinggal cerita.







Post a Comment

0 Comments