Ucapan Ceplos PKR :
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera kepada semua.
Hari ini saya nak sampaikan pesanan pedas sikit kepada sesiapa yang masih berani main-main dengan fakta isu ladang babi Bukit Tagar ni.
Dengar elok-elok, ya! Saudara-saudari, isu ni sebenarnya mudah sangat. Rakyat Selangor – khususnya warga Hulu Selangor – memang tak ada masalah langsung dengan realiti penternakan babi di negeri ini. Yang kecoh huru-hara, yang sebarkan fitnah kononnya bantahan ni dari “orang luar Selangor”, itu lah yang patut malu!
Hasnizan bidas Ceplos PKR
Kepada si “Mamad Seekor” atau sesiapa yang buat video konon-konon nak ‘support’ Kerajaan Negeri sambil tuduh himpunan protes tu orang luar: Simpan sikit bodoh kamu tu!
Kami yang turun himpunan tu – terang-terang warga Selangor, khususnya Hulu Selangor! Empat gugusan FELDA, penduduk Bestari Jaya, kawasan sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Tagar sendiri – semuanya anak tempatan yang bangkit bela tanah air sendiri, air tadahan, kesihatan keluarga, dan kesejahteraan generasi akan datang.
Kamu bengong sangat sampai terkeluar kenyataan tak betul macam tu? Check dulu lah fakta sebelum buka mulut! Jangan sebar naratif palsu yang cuba label kami sebagai “orang luar” semata-mata nak tutup kelemahan argumen sendiri.
Kami ni bukan saja faham isu, kami hidup di sini! Ahli Parlimen pun warga Hulu Selangor – saya wakili suara rakyat betul-betul, bukan main wayang politik murahan.Jadi, minta maaf banyak-banyak lah sebab buat kenyataan songsang tu.
Lain kali fikir dua kali sebelum nak jadi hero keyboard sambil hina rakyat sendiri.Isu ni bukan pasal perkauman semata-mata – ia pasal alam sekitar, pencemaran, bau busuk, sumber air, dan hak asasi penduduk tempatan yang tak mahu dikorbankan demi keuntungan sesetengah pihak.
Kepada Kerajaan Negeri: Dengar lah suara rakyat Hulu Selangor ni betul-betul. Jangan paksa projek yang majoriti tolak. Cari lokasi lain yang tak jejaskan komuniti dan alam sekitar.
Kepada yang masih nak kecoh: Simpan lah sikit bodoh tu, dan hormat suara majoriti rakyat tempatan!
Sekian, terima kasih. Wassalam.
0 Comments