Satu laporan mengejutkan daripada Politico mendedahkan bahawa Rusia didakwa cuba membuat “tawar-menawar geopolitik” dengan Amerika Syarikat dalam konflik yang semakin memuncak di Timur Tengah dan Ukraine.
Menurut sumber yang mengetahui rundingan tersebut, utusan Kremlin, Kirill Dmitriev, telah mencadangkan supaya Rusia menghentikan perkongsian risikan dengan Iran termasuk maklumat sensitif seperti lokasi aset tentera Amerika di Timur Tengah. Sebagai balasan, Washington diminta menghentikan sokongan risikan kepada Ukraine dalam perang menentang Rusia.
Cadangan itu dikatakan dibentangkan dalam satu pertemuan tertutup di Miami minggu lalu bersama wakil Presiden Donald Trump, iaitu Steve Witkoff dan Jared Kushner. Namun begitu, Amerika Syarikat dilaporkan menolak cadangan tersebut tanpa kompromi.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh White House mahupun pihak Kremlin, menjadikan pendedahan ini sebagai satu perkembangan sensitif yang berpotensi menggugat hubungan geopolitik global.
Penganalisis melihat langkah Rusia ini sebagai cubaan untuk mengalihkan tekanan dari Ukraine ke konflik Timur Tengah sekaligus memecah fokus Barat.

0 Comments