Ketika rakyat masih terkejut dengan tuduhan bom RM9.5 juta yang dikaitkan dengan seorang Menteri Kabinet dan “corporate mafia”, tiba-tiba muncul gambar yang buat darah mendidih. Menteri berkenaan dilihat bertemu secara tertutup dengan Hakim Negara (Chief Justice).
Fuhhh… kabel gila lah bro.Kita semua tahu, judicial independence bukan main-main. Ia adalah benteng terakhir rakyat biasa untuk dapat keadilan apabila berdepan dengan kuasa politik dan duit berjuta-juta. Bila seorang Menteri yang namanya hangit dengan dakwaan rasuah tiba-tiba jumpa ketua badan kehakiman, soalan yang timbul bukan lagi “kenapa”, tapi “siapa yang jaga mahkamah kita ni?” Rakyat bukan bodoh.
Ini soal kepercayaan awam terhadap institusi kehakiman. Bila persepsi “ada bau” ini dibiarkan, esok lusa setiap kes politik, setiap kes korporat besar, akan ada orang tanya “ada meeting santai ke sebelum ni?”Public trust is NOT for sale.
Mahkamah bukan pasar malam. Hakim bukan orang yang boleh “dinego” kepentingan. Kalau kita betul-betul nak bersih, maka ketelusan kena jadi keutamaan, bukan “no drama” yang akhirnya jadi drama gila.
Kita minta penjelasan penuh dan terbuka kenapa pertemuan itu berlaku. Jaminan bahawa tiada sebarang pengaruh politik ke atas kes-kes yang melibatkan nama-nama yang disebut. Badan kehakiman kekal suci, tak dicemari sebarang persepsi konflik kepentingan.
Rakyat Malaysia dah muak dengan wayang lama yang sama. Dulu janji bersih, sekarang kita tengok sendiri, bila kuasa bercampur dengan mahkamah, yang rugi selalu rakyat biasa yang nak keadilan sebenar.
Pertemuan Menteri dengan Hakim Negara ini red flag!, ia sudah sampai tahap kita kena bimbang tentang masa depan kebebasan kehakiman di Malaysia.
0 Comments