🚨 13 Warga Jepun & China Ditahan Di Perak, Rupanya Jadi Sindiket Scam Menyamar Polis

Polis Perak menahan 13 warga asing yang dipercayai terlibat dalam sindiket panggilan scam yang menyasarkan mangsa di Jepun.

Mereka terdiri daripada sembilan warga Jepun dan empat lelaki warga China, berusia antara 20 hingga 57 tahun. Kesemua mereka ditahan dalam serbuan di tiga unit kondominium di Kampar pada 24 September lalu.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin, sindiket itu dipercayai mula beroperasi sejak Ogos dan menggunakan modus operandi menyamar sebagai anggota polis Jepun ketika menghubungi mangsa.

Polis turut merampas 18 telefon bimbit, dua komputer riba, dua iPad, sebuah router, tiga lencana menyerupai lencana polis Jepun serta pakaian dan skrip scam dalam bahasa Jepun. Keseluruhan barang yang dirampas dianggarkan bernilai RM20,000.

Siasatan awal juga mendapati sebahagian suspek dipercayai pernah menjalankan aktiviti sama di Kemboja sebelum memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial.

Polis kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti rangkaian jenayah, aliran wang serta kemungkinan individu lain yang terlibat.

Sumber : FMT



Post a Comment

0 Comments

Teruskan membaca
Memuatkan lagi artikel...