BAN Generasi - Hentikan Perkauman Bermula Dari Era Sekolah

Isu persekolahan bangsa sepatutnya daripada 50 tahun dulu lagi umno mengambil tindakan dengan tidak membezakan sekolah. Meletakkan semua kaum dalam satu sekolah. Aku sendiri pernah berdebat dengan seorang yang mana aku memberi cadangan supaya bahasa tamil dan bahasa cina diajar kepada seluruh kaum dimalaysia dan sekolah cina dan tamil dimansuhkan. Dengan itu, semua rakyat malaysia boleh menguasai pelbagai bahasa di masa akan datang.

Tapi herannya di bebal tu mempersoalkan IQ pelajar dan bebanan pelajar untuk belajar pelbagai bahasa. Padahal aku dah bagitau itu alternative, samada pelajar tu mahu pilih ataupun tidak untuk memasuki peperiksaan, tapi wajib belajar. Masa tu sampaikan aku di cop sebagai anti melayu. Bodoh betul pemikiran melayu time tu.

Sekarang selepas menang nyawa-nyawa ikan, barulah nak buat. Perkara ni, aku sokong jika dibuat. Dan mewajibkan semua pelajar belajar bahasa cina dan tamil, tetapi menjadi alternative kepada mereka samada nak masukkan sekali dlm SPM atau tak.


Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menyeru agar kerajaan menghapuskan sekolah vernakular yang didakwanya bukan sahaja memecahbelahkan masyarakat malah tidak diiktiraf perlembagaan.
“Menurut Perlembagaan, kita sepatutnya hanya ada satu aliran sekolah sahaja. Sepatutnya kita hapuskan sekolah jenis kebangsaan (SJK).

“Hapuskan oleh kerana Perlembagaan tak iktiraf sekolah jenis kebangsaan kerana adanya sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan, adanya sekolah Cina, India, ia memecah-belahkan rakyat,” katanya dalam Seminar Pasca PRU-13 di Kuala Lumpur hari ini.

Golongan yang tidak bersetuju dengan penghapusan SJK pula boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk mencabar tindakan tersebut, katanya.

“Kalau ada yang tak setuju, mereka itu anti-perpaduan. Adakah salah bagi saya nyatakan sesuatu yang benar? Sepatutnya apa yang saya kata ini disokong, bukan sahaja oleh masyarakat Melayu tetapi seluruh masyarakat Malaysia.

“Kita perlu berjihad untuk perkasakan orang Melayu. Seandainya ada terdengar suara-suara yang bantah, maka caranya dapatkan perintah mahkamah bahawa kewujudan SJK tak sah dan bertentangan dengan perlembagaan,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Dalam ucapan sebelum itu, bekas pro-canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Abdul Rahmad Arshad yang menimbulkan perkata itu berpendapat sekolah aliran tunggal akan menyatukan sistem persekolahan.

“Satukan sistem persekolahan... buat sekolah satu aliran, sekolah rendah kerajaan dan sekolah menengah kerajaan. Itu sahaja. 

"Sekolah jenis kebangsaan Cina dan India yang ada sekarang ini kita ubah kepada sekolah kerajaan. Tak ada jenis-jenis. 

"Kita harus praktikkan apa yang boleh dipraktikkan,” katanya yang turut mengambil contoh sistem persekolahan di Indonesia, Thailand dan Filipina.Mkini

Post a Comment

5 Comments

  1. zaman mahathir dululah yg byk sekali duk cerita pasal perkauman. sekarang mahathir terima akibatnya. cina totally tolak pemerintahan UMNO. tetapi menerima cara PAS yang lebih berkonsep islam.

    ReplyDelete
  2. dulu umno ni bodoh, duk sibuk tegakkan melayu. sekali melayu berpecah kepada tiga penjuru. PAS PKR BN. setiap daripada mereka ada agenda tersendiri.

    ReplyDelete
  3. ni semua helah BN.mesti ada tersirat diaorg nk buat ni.

    ReplyDelete
  4. semua ni salah UMNO-BN!

    ReplyDelete
  5. baru sekarang umporno ni nak sedar. selepas 50 tahun. bangang betul pemimpin umno ni.

    ReplyDelete