• Politik Terkini

    Tuesday, October 29, 2013

    BAN Astro - #SuperSpontan Bil Astro Naik

    Harga ayam naik, jangan beli ayam.. beli daging. "kata sangrumen kpd dewa-dewi di angkasa. Tiba2 datang isketamkepalako tanya berkenaan harga minyak masak. sangrumen mengamuk mengatakan harga minyak masak tak baik. Macai betul ko ni. Maka adik ketum pun frust then balik tengok astrok.

    Bil naik ka, membebel tahap cipan ka, perli ka, bosan ka, kutuk ka. Dah undi dah, dah bagi depa kuasa dah. Tapi satu je aku heran, kepada siaran mcm ni hanya didominasikan oleh astro. Dah takde ke syarikat lain mampu bagi perkhidmatan mcm ni. Kalau ada saingan kan lebih baik. Tapi dulu aku rasa ada megatv. Skang dah berkubur bawah plat lapisan bumi.


    Info Asal : KingJason

    7 comments:

    1. rakyat malaysia kn pemurah. naik skit je tu.

      ReplyDelete
    2. 'Bantuan orang miskin, kurang upaya dipotong diam-diam'

      Pemotongan peruntukkan untuk orang miskin, kurang upaya dan warga emas dalam belanjawan 2014 menunjukkan rasa tidak hormat kepada yang memerlukan, kata anggota Parlimen Padang Serai N Surendran.

      NONEWakil rakyat PKR itu berkata, berbanding dengan Belanjawan 2013, menunjukkan pemotongan terhadap peruntukan golongan itu.

      Sebagai contoh, kata Surendran, bawah bantuan sosio-ekonomi, RM309.26 juta diperuntukkan kepada golongan kurang upaya pada tahun depan kurang RM6 juta berbanding 2013.

      "Dengan peningkatan harga dan faktor inflasi, kenapa kurangkan bantuan ekonomi kepada orang kurang upaya?" katanya dalam kenyataan.

      Surendran sambil menyifatkan terdapat ketidakjujuran dalam pembentangan belanjawan Jumaat lepas.

      ReplyDelete
    3. barang semua naik harga. gaji mcm tu jugak lah. mampos!

      ReplyDelete
    4. KERA BN BUAT TAIK! RAKYAT KENA TANGGUNG!

      Pemansuhan subsudi gula 34 sen bukan penyebab harganya menjadi tinggi di Malaysia, kata anggota Parlimen Petaling Jaya daripada DAP Tony Pua.

      Malah, ia ekoran keputusan kerajaan untuk melindungi nilai harga gula mentah yang terlalu tinggi - keadaan yang mendorong kepada situasi itu, katanya.

      Sehubungan itu, katanya, kerajaan patut berhenti memberikan alasan tidak logik seperti berkaitan kencing manis dan kehidupan seks untuk menghalalkan langkah itu.

      NONESebaliknya, tambah Pua (kiri) kerajaan harus menyiasat dan mengambil melaksanakan langkah pembetulan.

      Merujuk kepada perjanjian pada 2012, Pua berkata, jika kerajaan tidak melindungi nilai harga mentah gula pada kadar AS$26 untuk 100 pounds dalam masa tiga tahun, ia tidak perlu pun membayar subsidi untuk mengekalkan harga rendah.

      Ini kerana kadar pasaran antarabangsa gula mentah hari ini sebanyak AS$18.91 untuk 100lbs, 24 peratus lebih rendah daripada harga yang dibayar Malaysia hasil rundingan perjanjian gula mentah.

      Ini bermaksud lebihan bayaran RM194 juga secara purata setahun.

      "Alasan sebesar rakyat 'menikmati' gula yang mahal kerana kerajaan menandatangani perjanjian mengimport gula mentah pada harga terlalu tinggi," katanya.

      "Jika kita membayar pada harga pasaran antarabangsa untuk gula mentah sebanyak AS$18.91, bukan hanya kerajaan tidak perlu membayar subsidi, malah harga gula kita akan lebih rendah daripada RM2.84/kg hari ini."

      ReplyDelete
    5. sekarang ada saluran terbaru iaitu HyppTV. sambil berinternet, sambil tengok tv. sports, movie, semua ada, kecuali rancangan macam astro ria, AF, Maharaja lawak, dan seangkatan denganya tu takde.

      ReplyDelete
    6. boikot astro, kalau semua boikot, astro akan lingkup dan gulung tikar!

      ReplyDelete
    7. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete