• Politik Terkini

    Thursday, February 6, 2014

    BAN Sadis - Rumah Urut Berahi Yang Menjadi Santapan Polis

    Ko bagi lesen berniaga, then ko buat serbu.. Ko panggil pendatang asing ramai-ramai, then ko tangkap balik. Seolah rakyat malaysia ni semua dah senang lenang. Perlukan pendatang asing untuk bekerja. Aku heran sampai sekarang kerajaan PR sendiri takde amik tindakan drastik pada penggiat rumah urut, disko n tempat minum arak secara terbuka di selangor..

    Sampai ke mampos, ni jerlah benda sama duk ulang setiap tahun.. Ikut putaran bulanan.. Bulan ni berita pasal politik, pastu pasal artist gosip tahi bagai.. Then rumah urut, then kena tangkap basah, then malam pertama berbuih...

    Pencegahan?, okey, buat cerita melayu gila seksi dalam tv, hidup mewah and jadikan agama sebagai sandaran ending cerita untuk insaf.. Tu lah cara pencegahan ala yahudi ortodok melayu...

    Gombak: 

    Tiga rumah urut menawarkan urutan ala Thai sekitar Rawang di sini, diserbu dalam Ops Noda oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, malam kelmarin.

    Pegawai Turus D7 Selangor Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata :
    Dalam operasi itu seramai 16 wanita warga Thailand yang ditahan, dipercayai turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan mereka.
    “Turut ditahan adalah tiga lelaki tempatan yang menggajikan pekerja warga asing ini.
    “Selain itu, polis turut merampas wang tunai RM180, empat kondom, lima botol minyak urut, empat tuala, kunci bilik dan kertas jadual kerja,” katanya.
    Rohan Shah berkata, semua wanita warga Thailand yang ditahan itu berusia antara 20-an hingga 30-an.

    • “Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan mengikut Seksyen 39 (b) Akta Imigresen kerana bekerja tanpa permit sah dan Seksyen 372 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan kegiatan pelacuran,” katanya.

    Pemilik premis boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen kerana menggaji pekerja asing tanpa permit. Eh??

    • “Kegiatan mereka juga akan disiasat di bawah Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2007 serta Seksyen 373 Kanun Keseksaan kerana mengurus dan menjalankan premis pelacuran,” katanya.

    Info Asal : Hmetro

    4 comments:

    1. acah jer tu.. nak tarik lesen la.. tarik yg ni, bagi yg lain

      ReplyDelete
    2. depa ni takde kerja lain.. duk rush jer.. rush tangkap, amik nama then suh balik..

      ReplyDelete
    3. Bukan salah PR, Agensi Penguat kuasa tu sendiri corrupt..., tangkap, raid rumah urut ni...nak show buat kerja je...dan masuk 999

      ReplyDelete