Showing posts with label BAN Masalah Sosial. Show all posts

Tindakan Vijay Berani Tutup 717 Kedai Arak Menarik Netizen Malaysia Bandingkan Kaum Tamil Di Sini?

Tindakan Ketua Menteri baharu Tamil Nadu, Joseph Vijay mengejutkan ramai apabila beliau mengarahkan penutupan 717 kedai arak milik kerajaan negeri dalam tempoh dua minggu. 

Kedai-kedai arak itu dilaporkan berada berhampiran kuil, sekolah, institusi pendidikan dan terminal bas di seluruh Tamil Nadu.

Keputusan drastik itu terus mencetuskan perdebatan hangat di media sosial, termasuk dalam kalangan masyarakat India dan Tamil di Malaysia. Ramai melihat langkah Vijay bukan sekadar tindakan politik populis, tetapi cubaan untuk membawa imej kepimpinan yang lebih dekat dengan nilai budaya dan agama masyarakat Hindu Tamil yang selama ini sering dikaitkan dengan perjuangan menjaga institusi kuil, keluarga dan moral sosial.

Di Tamil Nadu, isu arak bukan perkara kecil. Selama bertahun-tahun, masyarakat di sana sering mengkritik sistem penjualan arak kerajaan melalui TASMAC yang dianggap menyumbang kepada masalah rumah tangga, kemiskinan, keganasan domestik dan keruntuhan sosial dalam komuniti bawahan. Sebab itu apabila Vijay mengambil langkah menutup ratusan kedai arak berhampiran kawasan sensitif, ramai penyokong melihat beliau sedang cuba menghantar mesej bahawa kerajaan baharu mahu membawa perubahan yang lebih “bersih” dan pro-rakyat.

Di Malaysia pula, isu ini membuka semula perbincangan tentang realiti masyarakat Tamil Hindu tempatan. Tidak dinafikan, sebahagian komuniti India di negara ini sudah lama berdepan stereotaip berkaitan alkohol, masalah sosial dan kemiskinan bandar. Walaupun majoriti masyarakat India hidup normal dan bekerja keras, imej negatif yang berulang kali dimainkan dalam media akhirnya memberi kesan kepada persepsi masyarakat umum.

Sebab itu ada yang melihat tindakan Vijay sebagai sesuatu yang simbolik kepada maruah komuniti Tamil Hindu sendiri. Bagi mereka, jika seorang pemimpin Tamil di India berani mengurangkan pengaruh arak demi masa depan generasi muda, mengapa masyarakat Tamil di negara lain tidak boleh bergerak ke arah yang sama?

Namun dalam masa sama, ada juga pihak yang menganggap tindakan itu boleh memberi kesan bercampur kepada kaum Tamil Hindu. Ada yang menyokong atas faktor agama dan sosial, tetapi ada juga yang bimbang langkah terlalu drastik boleh menjejaskan ekonomi pekerja bawahan yang bergantung kepada industri berkaitan. Tambahan pula, sejarah menunjukkan bahawa penutupan kedai arak tanpa kawalan menyeluruh kadangkala membawa kepada peningkatan pasaran arak haram.

Apa yang pasti, nama Vijay kini bukan lagi sekadar pelakon terkenal Tamil. Beliau sedang membina imej sebagai pemimpin yang mahu membawa identiti politik berasaskan budaya Tamil, agama Hindu dan reformasi sosial. Langkah menutup 717 kedai arak itu juga dilihat sebagai cubaan awal untuk membuktikan manifesto politiknya bukan sekadar janji pilihan raya.

Di media sosial Malaysia, ramai mula membandingkan situasi di Tamil Nadu dengan keadaan komuniti India tempatan. Ada yang memuji keberanian Vijay, ada juga yang melihat ia sekadar permainan politik untuk meraih sokongan konservatif Hindu. Tetapi satu perkara yang jelas, isu ini berjaya membuka semula perbincangan tentang masa depan sosial masyarakat Tamil Hindu, bukan sahaja di India, malah di Malaysia juga.



πŸ”₯ “Suami Nikah 9 Kali, 11 Anak Disorok!” – Wanita Ditipu Hidup-Hidup, Ini Realiti Yang Ramai Tak Nak Akui

Kes suami nikah 9 kali dan sorok 11 anak di Sungai Petani jadi amaran besar buat wanita. Ketahui tanda-tanda lelaki berahsia dan cara elak jadi mangsa penipuan perkahwinan.

Kes yang berlaku di Sungai Petani ini bukan sekadar berita sensasi — ia tamparan keras kepada realiti yang ramai wanita masih ambil ringan. Seorang wanita menjadi mangsa keganasan rumah tangga, namun kebenaran yang terbongkar jauh lebih mengejutkan lelaki tersebut dilaporkan pernah bernikah sebanyak 9 kali dan mempunyai 11 orang anak.

Lebih menyakitkan, mangsa hanya mengetahui dirinya adalah “isteri kedua” itu pun tidak sepenuhnya benar.

Persoalannya sekarang: berapa ramai lagi wanita yang sedang hidup dalam penipuan tanpa sedar?

Bila Perkahwinan Jadi Alat Manipulasi

Perkahwinan sepatutnya dibina atas kejujuran, bukan helah. Namun dalam kes seperti ini, ia jelas menunjukkan bagaimana ada individu yang menjadikan perkahwinan sebagai alat untuk:

  • Menyembunyikan kehidupan sebenar
  • Memanipulasi emosi wanita
  • Lari daripada tanggungjawab

Ini bukan lagi isu cinta — ini isu penipuan yang sistematik.

Wanita Masih Mudah Terpedaya? Ini Hakikatnya

Realitinya pahit: masih ramai wanita terlalu cepat percaya.

Ayat manis mengaburi logik. Sikap “baik” di awal perkenalan menutup kecurigaan. Tanpa semakan, tanpa siasatan akhirnya terperangkap dalam hubungan yang penuh rahsia.

Ini tanda bahaya yang sering diabaikan:

  • Lelaki terlalu berahsia tentang keluarga
  • Sukar diperkenalkan kepada kenalan rapat
  • Banyak alasan bila ditanya masa lalu
  • Hubungan didesak untuk cepat kahwin

Kalau semua ini wujud itu bukan kebetulan.

Peringatan Keras Buat Kaum Wanita

Zaman sekarang bukan lagi zaman percaya bulat-bulat.

Sebelum melangkah ke alam perkahwinan:

  • Semak latar belakang pasangan secara rasmi
  • Libatkan keluarga dalam setiap keputusan besar
  • Jangan tergesa-gesa walaupun ditekan emosi
  • Berani tarik diri jika ada keraguan

Lelaki yang jujur tidak akan takut untuk telus. Lelaki yang banyak rahsia itulah yang perlu dijauhi.

Jangan Jadi Mangsa Seterusnya

Kes “nikah 9 kali, 11 anak” ini hanyalah satu pendedahan daripada realiti yang lebih besar. Ramai yang tidak dilaporkan. Ramai yang memilih diam.

Jangan tunggu jadi mangsa baru mahu sedar.

Ingat ini baik-baik:
πŸ‘‰ Cinta tanpa siasatan adalah pintu kepada penyesalan.
πŸ‘‰ Percaya tanpa bukti adalah risiko yang mahal.





Malaysia Sedang Berubah? Pesta Air Ini Buktikan Umat Islam Semakin Hilang Sensitiviti!

Apa sebenarnya yang sedang berlaku pada umat Islam di Malaysia hari ini?

Pesta air di Bukit Bentang yang tular bukan sekadar acara hiburan biasa. Ia adalah gambaran jelas bagaimana batas agama semakin dipijak dan yang lebih mengejutkan, ia dipijak dengan rela, dengan bangga, malah dipertahankan atas nama “kebebasan” dan “normal”.

Inilah realiti yang ramai enggan akui, kita bukan lagi berdepan ancaman terang-terangan, tetapi serangan halus yang jauh lebih berbahaya serangannya terhadap cara kita berfikir.

Dahulu, perkara seperti pergaulan bebas tanpa batas, pendedahan aurat di tempat awam, dan suasana yang jauh daripada nilai Islam akan mencetuskan rasa tidak selesa dalam masyarakat. Hari ini? Ia menjadi tontonan, hiburan, bahkan kandungan untuk dikejar “likes” dan “views”.

Apa yang telah berubah?

Pahit untuk diterima, sensitiviti kita terhadap dosa sedang mati perlahan-lahan.

Lebih membimbangkan, ada yang mula mempertahankan perkara ini dengan hujah-hujah yang kedengaran “moden” kononnya tidak boleh menghakimi, kononnya itu hak individu, kononnya agama tidak boleh dipaksa. Tetapi dalam diam, naratif ini sebenarnya menolak peranan agama dalam kehidupan awam.

Ini bukan sekadar perubahan gaya hidup. Ini adalah perubahan akidah secara halus.

Apabila sesuatu yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam bukan sahaja diterima, malah dinormalisasikan dan kita perlu jujur bertanya, adakah ini kebetulan, atau hasil doktrin yang diserap sedikit demi sedikit?

Hari ini pesta air. Esok apa lagi?

Jika generasi muda dibesarkan dalam suasana di mana garis halal dan haram semakin kabur, jangan terkejut jika satu hari nanti mereka langsung tidak melihat keperluan garis agama sebagai panduan sebenar kehidupan.

Dan apabila itu berlaku, kita tidak lagi kehilangan satu acara malah kita kehilangan identiti malaysia sebuah negara yang mi bertunjangkan agama islam sebagai paksi utama.

Ramai suka menyebut bahawa Islam itu fleksibel. Betul. Tetapi fleksibel bukan bermaksud tiada batas. Toleransi bukan bermaksud menghalalkan apa yang jelas dilarang. Jika semua perkara mahu ditafsir semula mengikut selera semasa, akhirnya apa lagi yang tinggal?

Persoalannya harini... Adakah umat Islam Malaysia sudah berjaya “dijinakkan” oleh pemikiran liberal tanpa sedar?

Bukan semua, tetapi tanda-tandanya semakin jelas. Apabila yang menegur dianggap ekstrem, manakala yang melanggar batas dianggap biasa, itu bukan lagi keseimbangan. Itu sudah songsang.

Lebih menakutkan, ramai yang tidak lagi rasa bersalah. Dan dalam tradisi Islam, hilangnya rasa bersalah terhadap dosa adalah tanda hati yang semakin keras.

Tentang bala, ini bukan soal menakutkan, tetapi realiti yang sering diingatkan dalam agama. Bala tidak semestinya turun dalam bentuk bencana besar yang terus menghukum. Kadang-kadang ia datang sebagai hilangnya keberkatan, meningkatnya masalah sosial, keruntuhan institusi keluarga, dan kegelisahan hidup yang tidak pernah puas.

Lihat sekeliling. Bukankah sebahagiannya sudah pun berlaku?

Kita boleh terus menafikan. Kita boleh terus mempertahankan atas nama kebebasan. Tetapi sejarah tidak pernah menipu, setiap tamadun yang mengabaikan nilai asasnya, akhirnya runtuh dari dalam.

Soalnya sekarang bukan tentang siapa betul atau salah dalam satu pesta.

Soalnya: adakah kita masih peduli?

Atau kita sudah terlalu jauh hanyut… sampai tidak sedar kita sedang kehilangan diri sendiri?



Skandal Keji LGBT: Aktivis Belia Transgender “Isabelle” Didakwa Rogol Bayi Perempuan

Seorang lelaki yang mengaku transgender dan aktif sebagai “youth advocate” (pengacara belia) di Tacoma, Washington, telah ditangkap dan didakwa atas kesalahan rogol kanak-kanak peringkat pertama serta eksploitasi seksual kanak-kanak.

Nama sebenarnya William Kelso Flournoy IV, tapi dia pakai nama “Isabelle” atau “Izzy” dan menuntut orang panggil dia “she/her”. Dia volunteer dengan Youth Action Board di REACH Center – satu organisasi yang kononnya tolong belia tanpa tempat tinggal.  

Orang yang konon “advokasi belia” ni rupanya rogol bayi perempuan yang dia babysit masa ibu bapa mangsa bekerja dua kerja untuk cari makan.

Kes ni terbongkar melalui CyberTip dari Google tahun 2023. Gambar yang diupload tunjuk seorang lelaki (muka tak kelihatan) sedang menembusi faraj bayi kecil secara langsung. 

Polis Tacoma jumpa IP address dan dua tahi lalat unik di tangan Flournoy yang match dengan gambar tu. Mangsa? Bayi perempuan kecil yang keluarganya kenal baik dengan dia. Malah dia tinggal dengan keluarga tu untuk “bantu jaga anak”. Sekarang polis sedang siasat adakah ada mangsa lain, sebab dia ada akses kepada adik-beradik mangsa juga.

Dia dah masuk mahkamah, pled not guilty, bail $1 juta. Tapi rekod lama dia? Ada 6 CyberTip lain, gambar voyeuristic budak perempuan umur 12-18 tahun, dan video dia melancap di tangga shelter belia. Bilik dia penuh dengan binky bayi, mainan kanak-kanak, dan cawan plastik kartun, nampaknya dia ada fetish “infantilism”. Setann!

Bayi perempuan tak boleh bercakap, tak boleh lawan. Tapi kita yang dewasa kena lawan balik. Jangan biar ideologi gila ni terus bunuh masa depan generasi kita.

Sumber berita asal:  
https://reduxx.info/transgender-youth-advocate-charged-with-rape-of-infant-girl-in-washington/  
(Artikel diterbitkan 17 Mac 2026, berdasarkan laporan polis Tacoma dan dokumen mahkamah.)



Berlaku Kemasukan Zakar - Google Drive Kes Dai Syed

Fakta Utama Kes

Tertuduh didakwa merogol seorang wanita berusia 23 tahun pada 11 September 2019 di kondominium I-City, Shah Alam.

Mangsa mengenali tertuduh melalui Instagram, tertarik dengan imejnya sebagai pendakwah selebriti.

Hubungan seks diakui berlaku oleh kedua-dua pihak, tetapi isu utama ialah sama ada berlaku dengan kerelaan atau paksaan.

Isu Undang-undang Utama

Mahkamah menilai satu persoalan penting:

Adakah hubungan seks itu berlaku dengan kerelaan mangsa atau tanpa kerelaan (paksaan)?

Sebab Utama Tertuduh Disabitkan Bersalah

1. Elemen rogol berjaya dibuktikan
Hubungan seks berlaku.
  • Berlaku kemasukan zakar.
  • Mangsa bukan isteri tertuduh.
  • Hubungan seks berlaku tanpa kerelaan mangsa.
2. Keterangan mangsa disokong bukti lain

Walaupun keterangan mangsa bukan “unusually convincing”, ia disokong oleh:
  • Keterangan saksi rapat (rakan & keluarga)
  • Rekod perubatan
  • Perubahan emosi dan trauma selepas kejadian
  • Mahkamah menerima bahawa mangsa mengalami tekanan mental dan kemurungan serius.
3. Mangsa berada dalam keadaan terdedah & lemah

Mangsa disahkan menghidap Major Depressive Disorder sebelum dan selepas kejadian.

Mahkamah menerima bahawa keadaan mental mangsa:
  • Menjejaskan keupayaan membuat keputusan
  • Menyebabkan mangsa takut, panik dan menurut arahan
4. Perubahan sikap tertuduh yang menekan mangsa

Tertuduh:
  • Meninggikan suara
  • Memarahi mangsa beberapa kali
  • Mengarahkan mangsa masuk ke bilik
  • Mahkamah melihat ini sebagai unsur paksaan psikologi, bukan hubungan suka sama suka.
5. Versi pembelaan tertuduh tidak konsisten

Keterangan tertuduh bercanggah dan berubah-ubah.

Mahkamah mendapati pembelaan tidak meyakinkan dan bersifat rekaan.

6. Modus operandi tertuduh

Menggunakan imej sebagai:
  • Pendakwah
  • Motivator
  • Figura awam
  • Mendekati mangsa secara rawak melalui media sosial.

Mahkamah melihat ini sebagai penyalahgunaan kepercayaan dan kedudukan.

Keputusan Mahkamah
Pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Tertuduh disabitkan bersalah dan dihukum:
  • Penjara 10 tahun
  • 3 sebatan








Wanita 75 Tahun Diperkeso Pemasang Panel Solar

Seorang lelaki berketurunan India yang bekerja sebagai tukang elektrik telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun kerana merogol seorang wanita warga emas berumur 75 tahun di rumahnya setelah memasang panel solar.

Perincian kejadian:
  1. Suspek dikenali sebagai Amol Vijay Dhumal, 45 tahun, bekerja sebagai elektrik sub-kontraktor. 
  2. Pada 22 April 2024, Dhumal dan dua rakan sekerja datang ke rumah wanita tersebut di Sydney untuk memasang panel solar. 
  3. Selepas kerja siap, Dhumal bertanya siapa lagi tinggal di rumah itu. Apabila diberitahu wanita itu tinggal seorang diri, dia cuba berdakap dan cuba mencium mangsa sambil berkata bahawa mangsa “mengimbas kembali ibunya”. Mangsa segera meminta dia keluar. 
  4. Dua hari kemudian, dia kembali ke rumah itu atas alasan menyelesaikan isu kuasa, namun semasa itu dia berbual mengenai kehidupan peribadinya sebelum menyerang dan merogol wanita itu di biliknya. 
  5. Dalam kenyataannya kepada pihak berkuasa selepas kejadian, Dhumal cuba menidakkan tuduhan itu dan mendakwa wanita itu mereka-reka cerita kerana dia tidak menjawab panggilannya.
  6. Hakim menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara atas kesalahan “hubungan seksual tanpa persetujuan”, dengan turut mengambil kira kebocoran kepercayaan dan keselamatan mangsa di rumahnya sendiri. 
Wanita itu berkata kehidupan beliau telah berubah sepenuhnya selepas kejadian. Dia kini berasa seperti dipenjara di rumahnya sendiri, kerap mengunci semua pintu dan tingkap, dan menarik diri daripada aktiviti sukarela yang pernah disertainya. 

πŸ“Œ Sumber utama berita:
Berita mengenai kes ini dilaporkan oleh Times of India dan diringkaskan daripada laporan akhbar The Sydney Morning Herald.






Orang Selangor Sendiri Takkan Nak Biarkan ? - Glamping With Pride Hulu Langat Selangor

Sebuah kumpulan pro lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBTQ) hari ini menyatakan bahawa mereka akan meneruskan program ‘Glamping With Pride’ di Hulu Langat hujung minggu depan walaupun mendapat bantahan daripada PAS Selangor.

Kumpulan dikenali sebagai Jejaka itu menegaskan program selama dua hari itu adalah retreat berasaskan komuniti yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan, sokongan rakan sebaya, dan kesedaran kesihatan.

Kumpulan itu turut menegaskan bahawa aktiviti sebegitu tidak melanggar undang-undang negara. 




Senarai Mangsa Tangkapan Pnusat Gay Jalan Raja Laut.. Hmmmmm

Pusat gay di Jalan Raja Laut kena serbu. Total semua 201 ditahan, 80 adalah beragama Islam.

Yang memeranjatkan antara ditahan adalah 17 penjawat awam.

PTD, Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, dan Cikgu.

JUMLAH TANGKAPAN: 203 orang lelaki

Warganegara: 171 Orang lelaki
- Muslim: 101
- ⁠Nonmuslim: 70

Pekerja: 8 Orang
- Cina: 3
- ⁠Melayu: 4
- ⁠Dusun: 1

PEKERJAAN: Penjawat awam: (16) 
1. Peg Khas Pentadbiran SUK Pulau Pinang
2. Guru SMK Sri Aman PJ
3. Guru SK Lembah Keramat 
4. Guru SMK TTDI
5. Jabatan Pendidikan Malaysia 
6. Penolong  Pegawai Perubatan HKL
7. Doktor Hospital Sg Buloh
8. Doktor Hospital Shah Alam 
9. Penolong Jurutera UKM
10. Doktor Hospital Sg Buloh
11. Guru SMK Dato Ibrahim Yaakob KL
12. Peg Kebudayaan Istana Budaya KL
13. Peg Tadbir Diplomatik ATIK KPT Putrajaya 
14. Doktor Pakar Protologi HKL
15. Penjara Simpang Renggam Johor 
16. Jab Insolvensi WP KL

Ujian saringan awal air kencing secara rambang dapati 1 orang positif AMP.



Kes Pelajar Dirogol - Amik SPM pulak jadi disibukkan?

Mangsa dirogol di sekolah — pelaku pula pelajar Tingkatan 5. Tapi yang menghairankan, kenapa berita utama yang disajikan ialah “perogol tetap akan duduki SPM”?

Rakyat bukan peduli sama ada dia nak ambil SPM atau tidak. SPM boleh diambil bila-bila masa, bukan wajib umur 17 tahun. Yang rakyat mahu tahu — apa tindakan tegas dan pendakwaan terhadap pelaku jenayah keji ini?

Perbuatan merogol, merakam dan menyebarkan adalah tindakan jijik dan tidak boleh dimaafkan.
Usah alih tumpuan dengan isu peperiksaan. Kita mahu keadilan untuk mangsa, bukannya simpati untuk pelaku!



https://x.com/fmtoday/status/1977274352002584850




Pelajar Tingkatan 3 Dirogol Bergilir di Sekolah Melaka – Di Mana Silapnya Kita?


Satu lagi kisah tragis yang memanaskan hati.
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di Melaka trauma teruk selepas diperkosan kejam oleh dua pelajar senior, di dalam kelas sekolahnya sendiri.

Lebih memilukan, perbuatan itu dirakam dan ditonton oleh dua rakan suspek lain.

Kejadian berlaku pada 2 Oktober lalu, apabila mangsa berpatah balik ke kelas untuk mengambil bahan projek Sains.

Ketika itulah dia diserang, dirogol bergilir-gilir dan dirakam menggunakan telefon bimbit. Video berkenaan akhirnya tersebar di kalangan pelajar sebelum sampai ke pengetahuan guru dan ibu mangsa.

Mangsa kini dalam rawatan dan sesi kaunseling di Hospital Melaka. Empat pelajar lelaki berusia 17 tahun telah ditahan dan siasatan dibuat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan – hukuman penjara 10 hingga 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Walaupun mereka masih bawah umur, kes ini tetap dibicarakan di Mahkamah Kanak-Kanak dan boleh dikenakan tindakan tegas, termasuk dihantar ke sekolah pemulihan akhlak atau penjara khas remaja.

Jika terbukti menyebarkan video, mereka juga boleh disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pihak sekolah pula tidak boleh lepas tangan.
Mereka masih bertanggungjawab memastikan keselamatan pelajar semasa dalam kawasan sekolah.

Kecuaian atau kelewatan bertindak boleh membawa kepada siasatan disiplin oleh KPM.

Kita sebagai masyarakat juga ada peranan — jangan normalisasi jenaka atau gurauan lucah di sekolah.

Didik anak-anak tentang sempadan tubuh dan maruah diri, serta ajar mereka untuk berani bersuara bila rasa tidak selamat.

Keadilan mesti ditegakkan, dan empati mesti dipulihkan. Mangsa bukan hanya perlukan undang-undang, tetapi juga suara masyarakat yang percaya dan melindunginya.

Seks Bebas - Umur 22 tahun, nak kahwin.. Test HIV.. +ve ... Merana beb!





Zaman sekarang, kebebasan sudah jadi “trend”. Ramai yang bangga mengaku "open-minded", kononnya moden dan bebas dari “kolot” agama dan budaya. Tapi bila kena batang hidung sendiri, baru terkial-kial cari simpati. Itulah nasib segelintir anak muda yang leka dengan nikmat dunia, sampai lupa HIV tu bukan mitos, tapi realiti yang sedang menanti di hujung nafsu.

Baru 22 tahun, belum sempat kawin, dah +ve HIV. Bukan satu dua kes — 17 orang tahun ini saja! Bukan penagih dadah pun. Kerjaya mantap, rupa ada, tapi akal letak di lutut. Bila nak kawin, pasangan minta buat ujian HIV, terus terbongkar semua. Yang dulu “sayang”, terus hilang. Tinggal badan sakit, hati remuk, dan masa depan yang gelap.

Lagi menyedihkan, ramai yang tak rasa bersalah pun. Masih sihat, jadi rasa diri kebal. Tapi bila dah stage 4-5, baru tahu langit tinggi rendah. Jalan pun terhuyung-hayang, badan penuh kudis, tak ada siapa nak dekat. Imun jatuh, penyakit tibi, jangkitan sana-sini, akhirnya... jalan terakhir bukan pelamin, tapi liang lahad.

Nak nasihat tak makan saman. Yang menasihati dicop “judgemental”. Yang buat maksiat, disanjung kerana kononnya berani, jujur, “live your truth”. Padahal yang sebenarnya sedang gali kubur sendiri sambil menari.

Bangga dengan dosa, tapi menangis bila musibah tiba. Satu Malaysia tahu jaga SOP bila COVID datang, tapi bila bab jaga SOP hubungan – Sempadan Orang Percintaan – terus hilang disiplin.

Cakap pasal hak, pasal kebebasan tubuh sendiri – ya, tubuh kau, tapi bila dah kena HIV, jangan pula bebankan sistem kesihatan awam. Jangan minta orang lain jaga bila dah terlantar. Zaman sekarang bukan semua orang bersedia nak jadi malaikat penyayang. Bila badan berbau busuk, kulit berkudis, ramai lari, tinggal sorang-sorang kat katil hospital.

Tak susah. Tundukkan nafsu, bukan akal. Kalau tak mampu tahan, kahwin. Kalau tak bersedia tanggung risiko, jangan jadi berani dalam maksiat tapi pengecut dalam tanggungjawab.

Akhir zaman ni, ramai yang pandai berlakon – depan nampak sopan, belakang jadi syaitan. Tapi malangnya, AIDS tak kenal watak. Sekali dijemput, tak boleh pulang balik.

Semoga yang membaca ini buka mata dan buka hati. Dunia ni sementara. Jangan jadikan keseronokan lima minit punca penyesalan seumur hidup.




Takut lepasni berani meraba pulak kan.. Budak umur 20 tahun rakam video untuk puaskan nafsu


Untuk video kami tidak sertakan berikutan ada permohonan daripada keluarga pelaku meminta supaya video tersebut tidak disebarkan.


Kisah kejadian yang berlaku : 

Harini nak santai je. Bawa anak keluar. Tapi tulah. Benda tak bermoral pula terjadi. 

Masa dekat booth luar mydin seremban 2, dah perasan dan ade seorang budak baju kuning macam merakam. Tapi takdelah fikir bukan -bukan. 

Masuk dalam mydin, perasan budak ni ikut lagi. Sambil phone tegak merakam. Mungkin kebetulan masuk skali. Bila ke bahagian lain, perasan budak ni ikut sambil merakam. Telefon tegak. Ke bahagian lain pun sama. Obvious sangat . 

Anak-anak pun perasan, dengan kehadiran budak ni. 

“Dia asyik tengok kita je umi”

Ada bagitahu husband, husband pun terus ikut budak ni dari belakang. Tapi saya rasa tak puas hati. Saya terus berjumpa budak ni sambil rakam sebagai bukti. Takdalah serang kosong je kan. 

Rupanya ada beberapa video saya siap zoom belakang saya. Dan beberapa video perempuan mengandung yang lain. Berpurdah pun ada. Taste memang dengan orang mengandung

Video terpaksa di potong atas tindakan seterusnya. Perasaan seorang suami tak dijangka kalau isteri kena macamni. Dan ditenteramkan oleh orang ramai. Sampai terkencing perilaku akibat takut. 

Si pelaku pun sudah di serah ke polis . Kami sendiri buat report. Selepas disoal siasat, baru 20 tahun. Budak uni sini. Katanya suka buat stock puaskan nafsu. Dah lama buat keje macamni katanya. 

Ikutkan saya nak si perlaku ke dalam. Tapi atas budi bicara, muda lagi 20 tahun. Saya tarik report semula.  Suka suka rakam perempuan . Buat stock sex sendiri puas sendiri kat rumah. Takut lepasni berani meraba pulak kan?

Sebab terlampau banyak video orang perempuan yang dirakam sekitar malam tadi. Mangsa tak perasan. Masalahnya siap zoom body part!

Untuk wanita -wanita gadis-gadis dekat luar sana, jangan takut pertahankan benda betul. Rakam sebagai bukti. Jangan takut. Jaga diri sendiri. Pakai purdah pun dah tak selamat. Kalau dah fetish tu fetish juga tak kiralah dah bertutup penuh. 

Untuk pesanan anak muda, bayangkan kalau mak, kakak awak yang kena sexual fixation macam ni  apa awak rasa? Muda lagi. Dah buat perangai bukan -bukan.

Fikir guna otak laju sikit.




Hukuman kali ke 4 - PU Azman dihukum 6 tahun penjara & 1 sebatan



Pendakwah selebriti, PU Azman dihukum penjara 6 tahun dan 1 sebatan, selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, pada tujuh tahun lalu.

Ini kali keempat dia dijatuhi hukuman penjara ;
  • Mahkamah Sesyen Seremban menjatuhi hukuman penjara tujuh 7 tahun dan 2 sebatan, 
  • Mahkamah Sesyen Klang (24 tahun penjara dan dua sebatan) 
  • Mahkamah Majistret Klang (penjara 14 bulan).

Hakim, Rasyihah Ghazali memerintahkan Azman, 43, atau nama sebenar Azman Syah Alias menjalani hukuman di Penjara Kajang bermula Isnin.

Tertuduh juga dikehendaki menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman.

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan pertuduhan kedua yang dihadapi pelakon drama ‘7 hari mencintai musim ketiga’ itu sebagai ‘Take Into Consideration’ (TIC) mengikut 171A Kanun Tatacara Jenayah.

Ia selepas pihak pendakwaan memaklumkan Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi yang dikemukakan pasukan pembelaan pada Oktober lalu.

Pada 22 Disember 2022, tertuduh yang lebih dikenali sebagai Cik Man mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di bilik sebuah rumah inap desa, di Jalan Kebun di sini, antara jam 12 tengah malam dan 5.30 pagi, September 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, semasa kejadian, tertuduh mengajak mangsa dan rakan-rakannya melepak di sebuah rumah inap desa.

Pada jam 12 tengah malam, tertuduh mempelawa mangsa tidur di lokasi kejadian manakala rakan lain pulang ke rumah masing-masing.

Tertuduh kemudiannya masuk ke bilik mangsa dan melakukan kesalahan berkenaan.

Semasa rayuan untuk mengurangkan hukuman, peguam, Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili PU Azman, memohon mahkamah mengenakan hukuman minimum kerana anak guamnya telah insaf dan kesal atas perbuatan yang dilakukan.

“Dia yang juga seorang duda, sedang menjalani hukuman penjara di Kajang sejak 27 September lalu atas kes seksual lain, namun sebelum ditahan, dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau kesalahan lampau.

“Di penjara itu, dia terlibat dengan program keagamaan yang memberikan manfaat kepada banduan lain dan kakitangan penjara,” katanya yang turut ditemani peguam, Fahmi Adilah.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Adzmi memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

“Mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam, melebihi keperluan peribadi tertuduh.

“Walau apa juga mitigasi yang dikemukakan, kesalahan seksual terhadap kanak-kanak tidak sewajarnya berlaku, terutama tertuduh merupakan seorang pendakwah selebriti,” katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, S Ruthra Raj.

Pada 27 September lalu, Mahkamah Sesyen Klang menjatuhi Azman hukuman penjara 24 tahun dan 2 sebatan, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki ketika kejadian berusia 17 tahun, pada 2022 lalu.

Hakim, Noridah Adam memerintahkan pendakwah selebriti itu menjalani hukuman di Penjara Kajang serta-merta, selepas menolak permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman itu.

Pada 6 Disember, Mahkamah Majistret Klang pula menjatuhi tertuduh hukuman penjara 14 bulan selepas Azman mengaku bersalah atas satu pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki, pada 10 Jun 2022.

Sementara di Mahkamah Sesyen Seremban pada 17 Disember, dia dihukum penjara 7 tahun dan 2 sebatan atas empat pertuduhan pindaan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki bawah umur, pada tahun sama.

Sementara di Mahkamah Sesyen Ampang, satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun yang dihadapi Azman, telah ditarik balik.

Sementara itu, Mohamad Zahid berkata, semua hukuman yang dihadapi anak guam, berjalan serentak bermula tarikh jatuh hukum.

“Dia menghadapi 12 pertuduhan, namun dua kes telah diberi perintah TIC dan semua hukuman berjalan serentak, tiada pertambahan bagi hukuman penjara,” katanya ketika di luar mahkamah.

Hukuman Amang Seksual lebih berat daripada Merogol? Hmmmm.. Something Fishy....

Hmmm... Kalau amang seksual dah berat hukuman, sepatutnya perogol lebih berat hukuman yang perlu dikenakan. 

Amang Seksual : Bagi ibu bapa yang tidak mengetahui, maksud amang seksual ialah sentuhan fizikal ke atas mana-mana anggota badan untuk tujuan seks. Amang bermaksud mengancam, menggugat atau menakut-nakutkan. Pendek kata, ia adalah satu bentuk ancaman seksual.

Tanpa menamakan kes secara spesifik, bekas Menteri Undang-Undang Datuk Mohd Zaid Ibrahim berasa hairan dengan hukuman terhadap seorang pendakwah yang dipenjara 24 tahun atas kesalahan amang seksual baru-baru ini.

Beliau mendakwa hukuman sedemikian wajar diteliti semula apabila ia dilihat lebih berat berbanding kesalahan merogol.



Ahli GISBH dipenjara 10 Tahun - Melakukan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak



Seorang anggota Global Ikhwan Services Holdings Bhd dihukum penjara 10 tahun selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak berumur 10 hingga 12 tahun.

Barulrahim Hisham, 23, dituduh bawah Seksyen  31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Klang  Noridah Adam. 

Dalam tiga daripada empat pertuduhan, Barulrahim mengaku melakukan kecederaan fizikal dengan merotan anak-anak jagaannya.

Dia juga mengaku bersalah untuk pertuduhan keempat mendatangkan kecederaan dengan menekan dada seorang budak dengan lututnya.

Kesalahan itu berlaku di sebuah sekolah agama kelolaan GISHB di Bukit Raja, Klang dan sebuah rumah amal.

Ajaran baru GISBH - Ilmu Transfer Power Melalui Udara

Ajaran Baru Nasiruddin Ali Dalam GISBH 

Anda mungkin gelak melihat perbuatan ini. Tetapi mereka sangat serius dan mempercayai apa yang sedang mereka lakukan itu.

Jemaah GISBH didoktrin agar sentiasa taksub kepada pemimpin. Setiap juzu dari badan dan sisa pemimpin mempunyai berkat. 

Semasa PKP, oleh kerana pergerakan terbatas untuk ahli bertabarruk dengan pemimpin. Nasiruddin Ali memperkenalkan ajaran baru yang belum pernah diamalkan dalam GISBH sebelum ini iaitu transfer power berkat melalui udara. 

Para Ahli Lembaga Penasihat GISBH bersama Nasiruddin akan berperanan sebagai transmitter dengan mengangkat tangan ke langit. Manakala ahli-ahli lain akan menjadi receiver dengan menghalakan tangan ke langit untuk menyambut power berkat pemimpin.

Pihak agensi agama juga perlu memasukkan amalan dan kepercayaan ini ke dalam mesyuarat fatwa untuk dibincangan status kesesatan amalan baru Nasiruddin Ali.



 Panda Eyes Ironless Pants Set 





Video - Lelaki Ranau acu pistol di simping Traffic Light Kuala Terengganu



TINDAKAN seorang penunggang motosikal tiba-tiba mengacu sepucuk pistol tiruan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Bukit Besar dekat Kuala Terengganu, Terengganu mengundang kegusaran orang awam baru-baru ini.

Melalui klip video yang tular sejak Rabu itu, kelihatan lelaki berkenaan memegang sepucuk pistol tiruan dan menghalakannya pada orang awam.

Lelaki berjaket hitam menunggang motosikal Honda C70 tersebut tiba-tiba mengeluarkan sepucuk senjata api tiruan sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat berkenaan yang ketika itu berwarna merah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, suspek yang berada dalam pengaruh dadah tersebut berjaya dikesan di Kampung Ladang Sehat pada pukul 1.30 tengah hari Khamis.

"Tindakan lelaki berusia 26 tahun tersebut dipercayai bagi mengarahkan kenderaan lain yang berada di laluan bertentangan berhenti bagi membolehkan dia memecut laju motosikalnya ke arah Kampung Dusun Melintang

“Berdasarkan video yang tular di media sosial, siasatan dilakukan seterusnya membawa kepada penangkapan suspek.

“Serbuan berjaya menemui sepucuk pistol disyaki tiruan warna hitam bercetak De In Israel,” katanya pada Khamis.

Jelas Azli, hasil soal siasatan awal, suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut selain mendakwa memperolehi senjata api tiruan tersebut dari sebuah tong sampah berhampiran Bulatan Ladang.

"Soal siasat terhadap suspek yang beralamat di Ranau, Sabah itu mengaku terlibat di dalam kes yang disiasat.

"Suspek yang juga bekerja sebagai pembantu kedai makan mendakwa pistol tersebut diambil di dalam tong sampah berdekatan Bulatan Ladang.

"Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah methamphetamine dan dia memiliki satu rekod jenayah lampau berkaitan mencederakan orang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960,” katanya.



Fahmi Fadzil sahkan, TikTok Tambah Moderator Kawal Sesi LIVE



Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa pengendali aplikasi media sosial TikTok telah mengambil langkah untuk menambah baik penelitian kandungan siaran langsung dalam aplikasi tersebut.

Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Fadzil berkata berdasarkan kepada pertemuan beliau bersama wakil aplikasi tersebut, pengendali tersebut berkata pihaknya akan menambah jumlah pemantau siaran langsung.

“Dalam perbincangan saya dengan pihak TikTok, mereka telah memaklumkan bahawa mereka mengambil serius kejadian ini (buli siber terhadap Rajeswary Appahu). Mereka (TikTok) sangat terkesan dan dengan segera menambah jumlah moderator yang akan meneliti konten dan juga sesi TikTok Live dalam bahasa vernakular termasuk bahasa Tamil,” katanya dalam jawapan sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Fahmi menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin tahu samada kerajaan dalam menggubal undang-undang khusus melibatkan kerjasama rentas kementerian bagi menangani insiden buli siber yang sedang berleluasa hari ini.

Pada 5 Julai lalu, pempengaruh Rajeswary Appahu, 30, ditemui meninggal dunia sehari selepas membuat laporan polis berhubung ugutan jenayah dan fitnah terhadap dirinya.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata pihaknya bersetuju mod pemantauan ke atas buli siber perlu diubah kerana ia sering berlaku dalam siaran langsung terutama pada tengah malam dan awal pagi.

“Banyak siaran langsung TikTok ini berlaku di tengah malam. Dalam aduan TikTok Live mendiang Rajeswary ini, difahamkan berlaku sekitar 3 dan 4 pagi, jadi mod pemantauan perlu berubah,” jelas Fahmi lagi.