Mangsa dirogol di sekolah — pelaku pula pelajar Tingkatan 5. Tapi yang menghairankan, kenapa berita utama yang disajikan ialah “perogol tetap akan duduki SPM”?
Rakyat bukan peduli sama ada dia nak ambil SPM atau tidak. SPM boleh diambil bila-bila masa, bukan wajib umur 17 tahun. Yang rakyat mahu tahu — apa tindakan tegas dan pendakwaan terhadap pelaku jenayah keji ini?
Perbuatan merogol, merakam dan menyebarkan adalah tindakan jijik dan tidak boleh dimaafkan.
Usah alih tumpuan dengan isu peperiksaan. Kita mahu keadilan untuk mangsa, bukannya simpati untuk pelaku!
0 Comments