PARLIMEN | Seorang ahli parlimen kerajaan menggesa Putrajaya mereformasi sistem pendidikan negara, dengan menyatakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan jumlah kes buli dan kesalahan seksual yang melibatkan pelajar dan remaja.
Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) berkata sistem sekarang telah melahirkan "generasi rapuh" kerana guru tidak boleh lagi mengenakan tindakan disiplin terhadap pelajar.
“Dulu disiplin menjadi tunjang pembentuk manusia, dan saya bersekolah dulu, tahun 1970-an, kesalahan kecil seperti tidak memakai stoking, gagal menyiapkan kerja rumah atau buku koyak sedikit sudah diberi pengajaran.
"Bukan kerana guru zalim tetapi kerana mendidik tanggungjawab, hormat dan nilai diri. Hari ini atas nama emosi dan kesejahteraan, semua mahu dilayan lembut-lembut. Akhirnya lahirlah generasi rapuh. Cepat terasa, mudah mengalah."

0 Comments