Video - Lelaki Ranau acu pistol di simping Traffic Light Kuala Terengganu



TINDAKAN seorang penunggang motosikal tiba-tiba mengacu sepucuk pistol tiruan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Bukit Besar dekat Kuala Terengganu, Terengganu mengundang kegusaran orang awam baru-baru ini.

Melalui klip video yang tular sejak Rabu itu, kelihatan lelaki berkenaan memegang sepucuk pistol tiruan dan menghalakannya pada orang awam.

Lelaki berjaket hitam menunggang motosikal Honda C70 tersebut tiba-tiba mengeluarkan sepucuk senjata api tiruan sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat berkenaan yang ketika itu berwarna merah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, suspek yang berada dalam pengaruh dadah tersebut berjaya dikesan di Kampung Ladang Sehat pada pukul 1.30 tengah hari Khamis.

"Tindakan lelaki berusia 26 tahun tersebut dipercayai bagi mengarahkan kenderaan lain yang berada di laluan bertentangan berhenti bagi membolehkan dia memecut laju motosikalnya ke arah Kampung Dusun Melintang

“Berdasarkan video yang tular di media sosial, siasatan dilakukan seterusnya membawa kepada penangkapan suspek.

“Serbuan berjaya menemui sepucuk pistol disyaki tiruan warna hitam bercetak De In Israel,” katanya pada Khamis.

Jelas Azli, hasil soal siasatan awal, suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut selain mendakwa memperolehi senjata api tiruan tersebut dari sebuah tong sampah berhampiran Bulatan Ladang.

"Soal siasat terhadap suspek yang beralamat di Ranau, Sabah itu mengaku terlibat di dalam kes yang disiasat.

"Suspek yang juga bekerja sebagai pembantu kedai makan mendakwa pistol tersebut diambil di dalam tong sampah berdekatan Bulatan Ladang.

"Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah methamphetamine dan dia memiliki satu rekod jenayah lampau berkaitan mencederakan orang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960,” katanya.



Post a Comment

0 Comments