Satu lagi kisah tragis yang memanaskan hati.
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di Melaka trauma teruk selepas diperkosan kejam oleh dua pelajar senior, di dalam kelas sekolahnya sendiri.
Lebih memilukan, perbuatan itu dirakam dan ditonton oleh dua rakan suspek lain.
Kejadian berlaku pada 2 Oktober lalu, apabila mangsa berpatah balik ke kelas untuk mengambil bahan projek Sains.
Ketika itulah dia diserang, dirogol bergilir-gilir dan dirakam menggunakan telefon bimbit. Video berkenaan akhirnya tersebar di kalangan pelajar sebelum sampai ke pengetahuan guru dan ibu mangsa.
Mangsa kini dalam rawatan dan sesi kaunseling di Hospital Melaka. Empat pelajar lelaki berusia 17 tahun telah ditahan dan siasatan dibuat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan – hukuman penjara 10 hingga 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Walaupun mereka masih bawah umur, kes ini tetap dibicarakan di Mahkamah Kanak-Kanak dan boleh dikenakan tindakan tegas, termasuk dihantar ke sekolah pemulihan akhlak atau penjara khas remaja.
Jika terbukti menyebarkan video, mereka juga boleh disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pihak sekolah pula tidak boleh lepas tangan.
Mereka masih bertanggungjawab memastikan keselamatan pelajar semasa dalam kawasan sekolah.
Kecuaian atau kelewatan bertindak boleh membawa kepada siasatan disiplin oleh KPM.
Kita sebagai masyarakat juga ada peranan — jangan normalisasi jenaka atau gurauan lucah di sekolah.
Didik anak-anak tentang sempadan tubuh dan maruah diri, serta ajar mereka untuk berani bersuara bila rasa tidak selamat.
Keadilan mesti ditegakkan, dan empati mesti dipulihkan. Mangsa bukan hanya perlukan undang-undang, tetapi juga suara masyarakat yang percaya dan melindunginya.

0 Comments