Konflik yang berlarutan di Asia Barat kini dilihat semakin membebankan Israel apabila media kewangan utama negara itu, Calcalist, melaporkan bahawa rejim Zionis sedang menghadapi antara situasi keselamatan paling buruk sejak penubuhannya pada tahun 1948. Tekanan datang dari pelbagai arah serangan berterusan Hezbollah di utara, ketegangan dengan Iran, serta beban ekonomi perang yang semakin menghimpit rakyat Israel sendiri.
Menurut laporan Calcalist, setiap hari konflik berterusan menyebabkan Israel membelanjakan sekitar 100 hingga 130 juta shekel sehari, bersamaan puluhan juta dolar Amerika. Dalam masa sama, pihak keselamatan Israel dikatakan menuntut tambahan besar terhadap bajet pertahanan sehingga mencecah sekitar 184 bilion shekel. Kementerian Kewangan Israel pula memberi amaran bahawa peningkatan perbelanjaan perang ini bakal menjejaskan sektor kesihatan, pendidikan dan kebajikan rakyat untuk tahun-tahun mendatang.
Di medan perang pula, Hezbollah terus menunjukkan kemampuan mereka walaupun Israel mendakwa telah menguasai beberapa kawasan di selatan Lubnan. Serangan dron kamikaze dan peluru berpandu anti-keretall kebal (ATGM) masih gagal dikekang sepenuhnya oleh Israel Defense Forces. Malah, media antarabangsa melaporkan serangan dron Hezbollah ke kawasan utara Israel semakin meningkat sejak perang serantau melibatkan Iran tercetus awal tahun ini.
Amerika Syarikat di bawah pimpinan Donald Trump juga dilaporkan memberi tekanan kepada Israel supaya tidak memperluaskan serangan ke atas Lubnan dan Iran ketika rundingan diplomatik masih berjalan. Namun begitu, keadaan di sempadan utara Israel terus tegang dengan serangan balas yang berterusan.
Dalam perkembangan lain, laporan media Israel turut menyebut bahawa tentera Israel kini mengalami kekurangan kira-kira 12,000 anggota ketika mereka masih terlibat dalam beberapa medan konflik serentak termasuk di Gaza Strip, selatan Lebanon dan operasi berkaitan Iran. Keadaan ini mencetuskan persoalan besar dalam kalangan penganalisis sama ada Israel benar-benar mampu mengekalkan perang jangka panjang tanpa menjejaskan kestabilan dalaman mereka sendiri.
Walaupun Israel masih memiliki kekuatan ketenteraan moden dan sokongan Barat, konflik berpanjangan kini mula memberi tekanan ekonomi dan sosial yang besar kepada negara itu. Ramai pemerhati melihat perang yang berlarutan ini mungkin menjadi titik perubahan besar dalam geopolitik Asia Barat.
Sumber:
- Reuters
- Calcalist Israel
- Council on Foreign Relations (CFR)
- Bloomberg
- Al Jazeera
0 Comments