Hukuman Amang Seksual lebih berat daripada Merogol? Hmmmm.. Something Fishy....

Hmmm... Kalau amang seksual dah berat hukuman, sepatutnya perogol lebih berat hukuman yang perlu dikenakan. 

Amang Seksual : Bagi ibu bapa yang tidak mengetahui, maksud amang seksual ialah sentuhan fizikal ke atas mana-mana anggota badan untuk tujuan seks. Amang bermaksud mengancam, menggugat atau menakut-nakutkan. Pendek kata, ia adalah satu bentuk ancaman seksual.

Tanpa menamakan kes secara spesifik, bekas Menteri Undang-Undang Datuk Mohd Zaid Ibrahim berasa hairan dengan hukuman terhadap seorang pendakwah yang dipenjara 24 tahun atas kesalahan amang seksual baru-baru ini.

Beliau mendakwa hukuman sedemikian wajar diteliti semula apabila ia dilihat lebih berat berbanding kesalahan merogol.



Post a Comment

0 Comments