• Politik Terkini

    Wednesday, April 23, 2014

    BAN Jenayah - Kes Pulau Ketam : Kru Kapal Kena Culik Atau Subahat?

    Tahun ni saja, aku rasa berlambak kes jenayah makin meningkat.. Tambah lagi dengan kos sara hidup pun meningkat.. Mau pening kepala wooo.. Mana nak cari duit beli barang.. Biasa pergi supermarket beli dalam 100 - 200.. Now meningkat sampai 250 - 300.. Gaji naik 100 hinggit sebulan.. Tu baru barang dapur.. Tak masuk benda lain lagi.. That why jenayah semakin meningkat.. Yang kaya raya duk sibuk pikir nak simpan duit kat mana.. Yang miskin mentadak, keladak tengkuk nak cari sesuap nasi..

    Yang kena culik tu warga asing.. Aku rasa kes ni tutup macam tu jer..


    Tiga kru yang bekerja di sebuah kapal tanker dikhuatiri diculik sekumpulan lanun kira-kira 16 Batu Nautika dari Pulau Ketam, semalam.

    Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kapal berkenaan dikatakan memberikan isyarat kecemasan kepada pihak berkuasa sebelum berjaya diselamatkan.

    Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Norzaid Ismail berkata,
    Pihaknya bagaimanapun masih belum dapat mengesahkan sama ada tiga kru berkenaan diculik atau bersubahat dengan perompak dipercayai warga Indonesia terbabit.
    "Kapal dalam perjalanan dari Singapura ke Yangoon, Myanmar apabila didatangi perompak bersenjatakan parang dan juga senjata api dengan menaiki bot.

    "Kapal berkenaan kemudian diiringi polis ke Pelabuhan Klang dan tiada kru kapal lain yang cedera," katanya. (HMetro)

    5 comments:

    1. indon naik tocang.. ape kisah.. menteri pun ada asal indon.. siap mengaku lagi

      ReplyDelete
    2. kalau subahat..mesti tektik nk buat balik ISA

      ReplyDelete
    3. malaysia dah tak aman macam dulu. :(

      ReplyDelete
      Replies
      1. semua gara2 kemasukan pendatang asing.

        Delete
    4. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete