Tak tau lagi pun samada kena tindakan gantung or tak.. Tunggu presiden baru lah.. Tatatertib FAM ni bukan bleh pakai sangat.. JDT lawan T-Team.. Bagi menang JDT dulu then baru announce JDT bersalah.. Atas kesalahan dangkal... Undang2 bebal...
Dengar cerita kelantan nak buang obinna.. Aku tunggu tengok je kelantan jadi team belasahan...
Hukuman maksimum gantung seumur hidup bakal diterima pengurus Johor Darul Takzim II (JDT II) On Jabbar@Jaafar sekiranya didapati bersalah atas tuduhan memukul pengadil perlawanan Sukri Abd Rahman selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bakal mengeluarkan surat pertuduhan dalam masa terdekat.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, berdasarkan laporan pegawai perlawanan JDT II dengan UiTM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang minggu lalu serta bukti rakaman video perlawanan menunjukkan FAM mempunyai alasan kukuh untuk mengheret On menghadap Jawatankuasa Tatatertib.
“Berdasarkan laporan pegawai perlawanan serta penelitian terhadap video perlawanan kami dapati memang ada kes. Dalam masa terdekat ini kami akan mengeluarkan surat pertuduhan mengikut prosedur dengan individu terbabit diberi masa tujuh hari untuk menjawab surat pertuduhan itu,” katanya.
On Jabbar@Jaafar yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mencetuskan kontroversi apabila bertindak menumbuk Sukri sebaik perlawanan tamat selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil itu dalam perlawanan Liga Perdana yang berkesudahan seri 2-2.
Berdasarkan Kod Tatatertib 2.4 dan 2.5 FAM, On Jabbar@Jaafar boleh dikenakan hukuman gantung minimum enam bulan sehingga maksimum seumur hidup serta denda.
“Setakat ini kami akan meneliti dulu apakah bentuk pertuduhan yang bakal dikenakan ke atas beliau sama ada di bawah Kod Tatatertib 2.4 atau 2.5,” kata Hamidin. (HMetro)
7 Comments
nasib baik JMF tak masuk bedil.. pengadil ni berani ke dgn JDT
ReplyDeleteHogoh Pahang Hogoh.
ReplyDeletekah kah kah. tunggu TMJ jadi presiden.. tak kena tindakan.. hahahhaa
ReplyDeleteKena denda je tu rm5000..jdt sapa berani usik..dah beberapa negeri jadi mangsa berat sebelah fam ketika jatuhkan hukuman yg libatkan jdt,pahang pun sama juga..kalau team lain kosongkan stadium la hukuman berat la mcm lagi..hamtam saja la labu!!!
ReplyDeletehahahaha... team diraja. dia buat bolasepak ni mcm dia punya.. tak pergi jauh pun. main dlm malaysia jer.. guiza bagai, aimar bagai.. tak sampai setahun.. buat bazir jer.. apa dapat.. ada ke player malaysia meningkat.. ada player JDT setaraf aimar passing ball..
Deletepersatuan bola sepak dikawal oleh golongan monarki.. sapa berani lawan...
ReplyDeletekalau mcm tu sampai malaysia mampus pun bola sepak malaysia xkan maju smpi bila2
ReplyDelete