BAN Sukan - Tumbok Pengadil : Pengurus JDT Bakal Di Gantung Seumur Hidup

Tak puashati... Tumbuk, terajang.. Nak tunjuk hebat la konon.. Dah kira professional tahap wrestling.. Baik ko buat team masuk wwe.. Masuk TV, lagi popular.. Kibar bendera JDT satu dunia... Bangkai punya orang.. Ko nak butthurt sekalipun, buat surat la pada FAM persatuan sultan semelaya... Kan kita ada sultan.. Perkasa sayang tahap menyanjung sultan.. Ikut cara perkasa... #LOL

Tak tau lagi pun samada kena tindakan gantung or tak.. Tunggu presiden baru lah.. Tatatertib FAM ni bukan bleh pakai sangat.. JDT lawan T-Team.. Bagi menang JDT dulu then baru announce JDT bersalah.. Atas kesalahan dangkal... Undang2 bebal...

Dengar cerita kelantan nak buang obinna.. Aku tunggu tengok je kelantan jadi team belasahan...


Hukuman maksimum gantung seumur hidup bakal diterima pengurus Johor Darul Takzim II (JDT II) On Jabbar@Jaafar sekiranya didapati bersalah atas tuduhan memukul pengadil perlawanan Sukri Abd Rahman selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bakal mengeluarkan surat pertuduhan dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, berdasarkan laporan pegawai perlawanan JDT II dengan UiTM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang minggu lalu serta bukti rakaman video perlawanan menunjukkan FAM mempunyai alasan kukuh untuk mengheret On menghadap Jawatankuasa Tatatertib.

“Berdasarkan laporan pegawai perlawanan serta penelitian terhadap video perlawanan kami dapati memang ada kes. Dalam masa terdekat ini kami akan mengeluarkan surat pertuduhan mengikut prosedur dengan individu terbabit diberi masa tujuh hari untuk menjawab surat pertuduhan itu,” katanya.

On Jabbar@Jaafar yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mencetuskan kontroversi apabila bertindak menumbuk Sukri sebaik perlawanan tamat selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil itu dalam perlawanan Liga Perdana yang berkesudahan seri 2-2.

Berdasarkan Kod Tatatertib 2.4 dan 2.5 FAM, On Jabbar@Jaafar boleh dikenakan hukuman gantung minimum enam bulan sehingga maksimum seumur hidup serta denda.

“Setakat ini kami akan meneliti dulu apakah bentuk pertuduhan yang bakal dikenakan ke atas beliau sama ada di bawah Kod Tatatertib 2.4 atau 2.5,” kata Hamidin. (HMetro)

Post a Comment

7 Comments

  1. nasib baik JMF tak masuk bedil.. pengadil ni berani ke dgn JDT

    ReplyDelete
  2. Hogoh Pahang Hogoh.

    ReplyDelete
  3. kah kah kah. tunggu TMJ jadi presiden.. tak kena tindakan.. hahahhaa

    ReplyDelete
  4. Kena denda je tu rm5000..jdt sapa berani usik..dah beberapa negeri jadi mangsa berat sebelah fam ketika jatuhkan hukuman yg libatkan jdt,pahang pun sama juga..kalau team lain kosongkan stadium la hukuman berat la mcm lagi..hamtam saja la labu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... team diraja. dia buat bolasepak ni mcm dia punya.. tak pergi jauh pun. main dlm malaysia jer.. guiza bagai, aimar bagai.. tak sampai setahun.. buat bazir jer.. apa dapat.. ada ke player malaysia meningkat.. ada player JDT setaraf aimar passing ball..

      Delete
  5. persatuan bola sepak dikawal oleh golongan monarki.. sapa berani lawan...

    ReplyDelete
  6. kalau mcm tu sampai malaysia mampus pun bola sepak malaysia xkan maju smpi bila2

    ReplyDelete