• Politik Terkini

    Monday, September 8, 2014

    BAN Politik - Sultan Selangor Murka Sikap Pemimpin PKR & DAP

    Macam ni la.. time ko belajar, lecturer ko suruh hantar assignment 10 muka surat berserta gambar.. Tapi sebab ko nak tunjuk ko tu lebih terer, lebih pandai, ada kuasa nepotisme mengalahkan keluarga rotchild... So ko hantar tajuk saja.. Bengang tak lecturer ko... Haaa... macam tu la kes kanak-kanak politik kat selangor.. Nak harapkan umno memerintah balik.. Jahanam habis... Nak harapkan PKR, nak tunjuk lagak jer lebih.. Buat tindakan suka suki mak bapak dia.. Pejuang rakyat yang akhirnya memeningkan kepala rakyat.. Nak tambah lagi satu bala PASMA..

    Istana Selangor menyifatkan tindakan PKR dan DAP yang hanya mengemukakan nama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai "engkar" kepada titah Sultan yang meminta mereka mencalonkan lebih daripada dua nama sebagai calon MB.

    Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata istana menganggap perbuatan kedua-dua parti itu sebagai "menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja" dan "merupakan perbuatan derhaka" kepada baginda.

    Dukacita dengan tindakan kedua-dua parti itu, beliau berkata PAS pula akur dengan permintaan baginda sultan seperti dalam surat bertarikh 27 Ogos lalu.

    "Manakala parti-parti DAP dan Keadilan telah masing-masing mengemukakan hanya satu nama yang sama iaitu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

    "DYMM Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti-parti DAP dan Keadilan yang engakar terhadap baginda bertarikh 27 Ogos 2014.

    "Tindakan parti DAP dan parti Keadilan ini menggambarkan kebiadapan kepada Institusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah DYMM Sultan Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


    (malaysiakini)

    7 comments:

    1. PKR kan pilihan rakyat marhaen.. kah kah kah

      ReplyDelete
    2. post politik kembali.. mana macai PR dan macai BN ni... keluar la dari gua woi!!!

      ReplyDelete
    3. "sultan" dr PKR lagi hebat dr Baginda Sultan Selangor kok? Baru dapat 14 kerusi dah tunjuk sombong dan angkuh. kalau parti dr kaum Cina memanglah kurang ajar, ini parti yg dipimpin oleh bangsa Melayu sendiri pun dah di"BABIkan" oleh parti bangsa Cina.

      ReplyDelete
      Replies
      1. kan dia ckp dia dpt undi popular majority.. agak2 rakyat akan sokong la ape semua yg dia buat.. puiiii!!!

        Delete
      2. anwar tu sultan la..

        Delete
    4. Sebok betul la sultan ni...

      ReplyDelete
    5. Anwar nak bagi nama calon MB pun kecoh.
      Elok dah ada TS Khalid dibuang pulak.
      Selangor elok aman, Anwar jadikan kacau.

      ReplyDelete