• Politik Terkini

    Wednesday, February 24, 2016

    Peluang Pekerjaan VS Kenaikan Harga Barang

    Rakyat negara ini menerima tamparan kali kedua apabila perangkaan rasmi menunjukkan bahawa harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat manakala peluang pekerjaan dan upah pula terus mengecut.

    Menurut statistik Jabatan Perangkaan, indeks harga pengguna (IHP) bagi Januari 2016 menunjukkan bahawa harga barangan pada bulan lalu adalah 3.5 peratus lebih tinggi daripada harga pada Januari 2015.

    Kenaikan itu adalah lebih ketara daripada apa yang berlaku pada bulan Disember 2015, apabila ia melambung 2.7 peratus mengikut perbandingan tahun ke tahun.

    Pada masa yang sama, Indeks Coincident (Serentak) yang mengukur aktiviti ekonomi, merosot sebanyak 0.1 peratus pada Disember 2015, berbanding dengan bulan sebelumnya.

    Penurunan paling ketara, katanya, adalah peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan (-0.2 peratus) dan gaji sebenar dalam sektor pembuatan (-0.2 peratus).
    "Ini menunjukkan bahawa perkembangan ekonomi Malaysia akan terus bergerak pada kadar yang lebih perlahan dalam tempoh terdekat ini," kata satu kenyataan oleh Pejabat Ketua Perangkawan.
    Semalam, laporan Matlamat Pembangunan Milenium Malaysia 2015, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata ;
    Isi rumah berpendapatan rendah bawah 40 peratus (B40) paling teruk terjejas akibat pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
    Menurut laporan itu, GST yang diperkenalkan pada kadar enam peratus pada April tahun lalu mengikis sebahagian besar pendapatan dengan mereka 79 peratus daripada pendapatan bulanan mereka.
    Sejumlah 2.7 juta isi rumah membentuk B40, yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan

    (Malaysiakini)

    3 comments:

    1. itu hanya statistik

      ReplyDelete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete