Pegawai Bank Goldman Sachs Tinggalkan Firma, Dikaitkan 1MDB


Tim Leissner, pegawai bank Goldman Sachs yang dikaitkan dengan 1MDB telah meninggalkan firma itu.
Menurut Bloomberg, Leissner yang dilaporkan terbabit dengan sebahagian perjanjian 1MDB dan memperoleh bayaran lumayan meninggalkan bank itu awal bulan ini.
Jurucakap firma itu berkata Leissner yang ditempatkan di Asia, berpindah ke Amerika Syarikat tahun lalu, tetapi enggan mengulas lanjut.

Beliau berkahwin dengan selebriti Kimora Lee Simmons, yang dirakamkan beberapa kali bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
The Wall Street Journal melaporkan bahawa Leissner mula memberi tumpuan ke atas Malaysia pada tahun 2002 dan mempunyai rangkaian pelanggan yang mantap.
WSJ yang memetik sumber-sumber yang rapat dengan Leissner berkata lelaki itu diperkenalkan dengan pemimpin Sarawak oleh rakannya di bank Goldman, iaitu Roger Ng seorang rakyat Malaysia.
Mereka memeterai perjanjian dengan kerajaan Sarawak berhubung eksport komoditi pada tahun 2006.

Ng juga mempunyai kaitan dengan ahli-ahli politik Terengganu - negeri yang mengupah Goldman untuk membantu membentuk sebuah firma pelaburan sehingga terlahirnya Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).
TIA kemudiannya diambil-alih oleh kerajaan persekutuan dan dijenamakan semula sebagai 1MDB.

(Malaysiakini)
Pegawai Bank Goldman Sachs Tinggalkan Firma, Dikaitkan 1MDB Pegawai Bank Goldman Sachs Tinggalkan Firma, Dikaitkan 1MDB Reviewed by BANkami Blog on February 24, 2016 Rating: 5

6 comments:

  1. Yang rakyat nak tahu hasil siasatan 1mdb tu. asyik tangguh jer kerja.

    ReplyDelete
  2. Najib ada dlm gambar la.

    ReplyDelete
  3. Itu sbb masa awal lg pembangkang dh suruh nsjib rehat. Sbb kalau di msh pm dia akan kacau perjalanan siasatan. Lihat apa yg berlaku? Ini masalah negara melibatkan wang rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Desakan pembangkang mcm pondan. Pembangkang sdiri pun berpecah. Najib lagi naik lemak

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.