Ibubapa Bantu Baiki Kerusi Meja Sekolah, Peruntukan Mana?

Aku tak pasti kesahihan gambar yang disebarkan dalam blog otaibersih samada ni gambar baiki untuk pelajar atau baiki untuk diberi kepada mana2 agensi yang memerlukan. Boleh dikatakan memperbetulkan peralatan yang hendak dilupus oleh pihak sekolah untuk dihadiahkan kepada mana2 agensi kerajaan atau unit amal yang memerlukan bantuan kerusi meja.

Ini kerana perkara yang diviralkan tidak dinyatakan secara terperinci, sekolah mana, kat negeri mana, daerah mana.

Kalau pada tahun 2011, merujuk pada blog PIBGSKPT, memang ada ibubapa membantu kerusi meja yang rosak. Dan sekali lagi pada tahun 2013, merujuk pada blog sktungkucommunity juga mengajak ibubapa untuk membaiki kerusi meja murid.

Dengan perbelanjaan terhadap pelbagai projek meja, pastinya menjadi persoalan kepada setiap ibubapa. Kemanakah peruntukan untuk kerusi meja yang rosak supaya ditukar ganti. Adakah pihak sekolah tidak memaklumkan kepada kementerian ataupun pihak kementerian tidak peka terhadap perkara tersebut dan mencipta pelbagai alasan.










Post a Comment

0 Comments