Showing posts with label BAN Kreatif. Show all posts

Yang Pening Bayar Coway, Cuckoo - Dengar Sini ....

Pening nak bayar ansuran bulanan coway, kadang tu ada isu dengan yang datang servis. Ada pelbagai isu katanya. Isu catridge la, isu datang lambat la dan pelbagai isu lain lagi lah. Midea sekarang hadir membantu menyelesaikan masalah kepeningan kita semua. Boleh beli direct daripada shopee mall yang confirm original. Nak tukar catridge pun, beli online jer. 

Yang berminat nak dapatlan penapis air midea tanpa ansuran bulanan.. tekan link dibawah :
Link Produk di Shopee : https://shope.ee/5pheNhRfSS
Link Produk di Shopee : https://shope.ee/5pheNhRfSS















Kena Jual Lagi, Katanya Dengan Harga Lebih Tinggi!

Genting Group sedang berusaha untuk menjual semula kapal mewah yang pernah dimiliki oleh ahli perniagaan dalam buruan Jho Low pada harga yang lebih tinggi.

Ia hanya enam bulan selepas Genting membeli kapal tersebut daripada kerajaan.

Syarikat kapal mewah Camper & Nicholsons dipetik The Business Insider berkata bahawa harga yang diminta untuk kapal itu ialah AS$200 juta.

Ini adalah AS$74 juta lebih tinggi daripada AS$126 juta yang dibayar Genting untuk membeli kapal mewah itu daripada Putrajaya.

Kapal mewah itu dahulunya dikenali sebagai Equanimity sebelum Genting menamakannya semula menjadi Tranquility.

Low dituduh menggunakan AS$250 juta yang diselewengakan daripada 1MDB untuk membeli kapal mewah itu.

Ia disita oleh pihak berkuasa Indonesia pada 2018 dan diserahkan kepada Malaysia selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara.

Sejak dibeli oleh Genting, kapal mewah itu telah disewa, termasuk oleh selebriti Kylie Jenner yang merayakan ulang tahun hari lahirnya di atas kapal itu.

Kapal persiaran mewah itu boleh disewa sekitar AS$1.2 juta seminggu.

Malaysiakini

Video - Gadis Selfie Atas Signboard IPOH Tahap Hati Kering

Kepuasan hati, kalau jatuh tu tak ke menyusahkan orang lain. Tapi geng wefie selfie ni tak kisah, janji diri sendiri hot. Puashati. Memang kecut perut tengok diaorg panjat selfie. Kalau lelaki tu takdelah kisah sangat. Ni pompuan, memang hati kering. Pakcik kalau ada sakit jantung tengok bendalah ni, mau ke hospital terus. Harap2 atok korang hati kental.

Komen Majlis Bandaraya IPOH :
MBI TIDAK PERNAH BERI KEBENARAN MEMANJAT SIGNBOARD 'IPOH'Terdapat viral sekumpulan remaja yang melakukan aksi bahaya dengan memanjat signboard 'Ipoh'.Sehubungan dengan itu, dimaklumkan MBI tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak memanjat signboard 'Ipoh' kerana ia amat membahayakan nyawa pihak yang memanjat dan keselamatan pengguna jalan raya iaitu Jalan Kuala Kangsar yang sangat sibuk. Struktur yang didirikan itu bukan didirikan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu-individu tersebut dan sekiranya selepas ini berlaku sebarang insiden yg melibatkan perkataan 'IPOH' tersebut tumbang dan menimpa pengguna-pengguna jalanraya, pihak MBI ingin menegaskan bahawa ianya berkemungkinan besar berpunca daripada pencerobohan yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.MBI akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan remaja tersebut dan akan membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan keras dikenakan terhadap individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini serta akan mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme yang mana hukumannya adalah denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.MAJLIS BANDARAYA IPOH






Ibubapa Bantu Baiki Kerusi Meja Sekolah, Peruntukan Mana?

Aku tak pasti kesahihan gambar yang disebarkan dalam blog otaibersih samada ni gambar baiki untuk pelajar atau baiki untuk diberi kepada mana2 agensi yang memerlukan. Boleh dikatakan memperbetulkan peralatan yang hendak dilupus oleh pihak sekolah untuk dihadiahkan kepada mana2 agensi kerajaan atau unit amal yang memerlukan bantuan kerusi meja.

Ini kerana perkara yang diviralkan tidak dinyatakan secara terperinci, sekolah mana, kat negeri mana, daerah mana.

Kalau pada tahun 2011, merujuk pada blog PIBGSKPT, memang ada ibubapa membantu kerusi meja yang rosak. Dan sekali lagi pada tahun 2013, merujuk pada blog sktungkucommunity juga mengajak ibubapa untuk membaiki kerusi meja murid.

Dengan perbelanjaan terhadap pelbagai projek meja, pastinya menjadi persoalan kepada setiap ibubapa. Kemanakah peruntukan untuk kerusi meja yang rosak supaya ditukar ganti. Adakah pihak sekolah tidak memaklumkan kepada kementerian ataupun pihak kementerian tidak peka terhadap perkara tersebut dan mencipta pelbagai alasan.









Projek Babi Moden, Aku Tunggu Bila TV3 Nak Buat

Selamat pagi warga melaka, lepas ni orang melaka dah tak payah risau pasal bau busuk tahi air babi. Sat lagi akan ada ladang babi moden. Mungkin melaka akan jadi hub contoh yang akan dibuat liputan oleh tv11 thailand? Semua itu tidak mustahil.

Majulah babi demi money


TWT

LHDN : " Nora Jangan Risau Nora, Potongan Cukai Penampilan Memang Sedia Ada "


Semalam kecoh apabila Nora Danish mengemukakan cadangan bagi selebriti mempunyai pelepasan cukai kerana kos penampilan tinggi yang harus ditanggung oleh mereka. Menurut Pegawai Perhubungan Awam (LHDN), Masrun Maslim, potongan cukai penampilan diri untuk penggiat seni sudah pun diberikan.

Jelasnya pihak kerajaan telah memberikan potongan bagi bayaran jurusolek, sewaan pakaian, pengurusan artis, kos perjalanan dan lain-lain.
“Untuk perbelanjaan jenis ini, tiada peruntukan atau amaun tertentu yang ditetapkan. Ia terpulang kepada perbelanjaan sebenar seseorang artis tersebut dalam menjalankan profesion mereka.
“Setiap tahun mereka kena hantar Borang B. Jadi mereka boleh tuntut belanja operasi setiap tahun. 
“Mereka perlu simpan semua dokumen sokongan seperti invois [termasuk, pembelian alat solek] baucer bayaran jurusolek dan pengurus artis, resit pembelian dan lain-lain,”
Mengulas lanjut kenyataan Nora mengenai permintaanya untuk mendapat sedikit pelepasan cukai semalam, Masrun berkata, terma yang sepatutnya digunakan untuk pelepasan cukai adalah perbelanjaan operasi sebagai artis.

Tambahnya lagi, kebanyakkan penggiat seni dikenakan cukai yang tinggi kerana mereka tidak menghantar borang cukai dan gagal menyediakan penyata pendapatan yang lengkap engan dokumen sokongan.

Terdahulu, Nora menerusi Utusan Online meminta pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk memberikan sedikit pelepasan cukai kepada golongan artis yang terpaksa menanggung kos yang tinggu untuk kekal cantik. Kenyataan itu bagaimanapun mengundang kemarahan orang ramai yang menganggap kehidupan selebriti yang serba mewah tidak memerlukan perlepasan cukai lagi.

RTKY

Isteri Gedebe - Gocoh Suami Curang Bersama Skandal !!


Kurang dari 24 jam, nama Nadia Nordin secara tiba-tiba menjadi trending di laman sosial Twitter dan Facebook gara-gara rakaman memaparkan dia memukul seorang lelaki didakwa suaminya selepas kantoi sedang ‘bermadu kasih’ bersama wanita simpanan.

Insiden tersebut didakwa berlaku di sebuah bilik hotel di Kota Bharu, Kelantan selepas kelakuan curang suaminya itu diketahui Nadia.
Menerusi dua rakaman berasingan yang kini viral di media sosial menunjukkan wanita tersebut ‘naik hantu’ dengan bertindak memaki hamun, menumbuk serta menendang suaminya berkali-kali, selain memukul kekasih suaminya itu menggunakan botol kaca.
Berdasarkan rakaman video pertama berdurasi 30 saat, wanita simpanan tersebut yang berada dalam keadaan berbogel telah ditengking oleh Nadia, selain dia dibaling dengan sebiji botol kaca sehingga menyebabkan botol tersebut pecah berkecai.
Wanita berkenaan yang duduk di lantai kedengaran menangis dan merayu supaya tidak dipukul , namun tidak diendahkan oleh Nadia.

Sementara, video kedua berdurasi 1 minit 16 saat pula menunjukkan Nadia melepaskan amarahnya dengan bertindak memukul, menumbuk, menendang serta memaki hamun suaminya dalam dielek Kelantan.

Tidak cukup dengan itu, Nadia yang memakai seluar pendek dilihat turut menarik rambut suaminya sambil terus menghemburkan kata-kata kesat.
“Mung wat nate apo katku? (Kau buat apa),” jerit wanita tersebut dalam rakaman berkenaan.
Netizen mendakwa ketika kejadian, perempuan tersebut berada dalam keadaan bogel bersama suami Nadia. Akibat dipukul menggunakan botol kaca, mangsa dikatakan cedera dan menerima 15 jahitan.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang maklumat mengenai bila dan lokasi sebenar insiden tersebut. Difahamkan, video tersebut didakwa telah disebarkan sendiri oleh Nadia.

Rata-rata netizen memberi reaksi pelbagai terhadap insiden berkenaan, di mana ada yang berpendapat bahawa tindakan Nadia memukul suaminya dan wanita tersebut adalah terlalu kejam, selain ada yang menggesa supaya siasatan dilakukan berhubung insiden terbabit.

MD

Kotak Mandian Pantai Yang Sesuai Untuk Hijabster

Jika kita kembali ke abad 18 dan 19 dulu kala. Di negara barat, kotak mandian menjadi satu kepastian di setiap pesisir pantai. Berbeza pada zaman sekarang dimana para wanita barat lebih suka memakai coli kecik untuk menunjukkan hot chick!

Itulah perbezaan pada zaman dulu dan sekarang. Kotak mandian ini dijadikan satu perniagaan di pesisir pantai dimana pengguna menolak kotak tersebut ke pantai dan mandi didalamnya.

Mungkin ia nampak sedikit weirdo tetapi aku rasa it's more better untuk hijabster yang suka mandi laut. Satu peluang kerjaya untuk beach boy!


BAN Kreatif - Rumah Penempatan Bencana Alam Onagawa Jepun Yang Bijaksana

Kehancuran di kuala krai akibat banjir sangat dahsyat. Aku rasa umum sedia maklum dengan gambar yang dikongsi dalam facebook. Kerajaan perlu mengambil tindakan cepat dan pantas dalam membantu mangsa bencana alam ni. Tak kiralah kerajaan negeri atau pusat. Perlu bergabung idea untuk membantu rakyat. Aku rasa more better disiapkan terlebih dahulu penempatan banjir. Ini akan memudahkan lagi pengagihan bantuan makanan dan keperluan kepada mangsa banjir. Kerajaan negeri juga perlu cepat klasifikasikan tempat paling strategik untuk dibina penempatan sementara. Ada laporan menyatakan terdapat lebih 5000 rumah musnah. Boleh dikatakan mini tsunami dikelantan.

Disini aku share satu penempatan sementara yang dibuat oleh kerajaan jepun untuk membantu mangsa tsunami. So kreatif dan bijaksana. Penempatan perumahan sementara ini dibina dari kontena terpakai dan sehingga kini masih ada keluarga yang tinggal di penempatan sebegini. Penempatan ini dibina pada 2011 selepas Jepun dilanda tsunami pada Mac 2011. Walaupun ia hanya nampak biasa di luar, tetapi dalamannya dibina dengan kemas dan praktikal.

BAN Zionis - Remaja #Gaza Cipta Gas Memasak Dan Eletrik Daripada Sumber Air

Peperangan Gaza ketiga yang berlarutan sejak 8 Julai yang lalu sudah meragut lebih dari 1500 nyawa dan mencederakan ribuan warga Gaza. Selain daripada masalah nyawa yang boleh melayang dengan tiba – tiba, penduduk Gaza juga berhadapan dengan masalah mendapatkan kemudahan asas untuk terus hidup. Lebih kurang seminggu lalu satu – satunya stesen janakuasa di Gaza di bom regin Zionis mengakibatkan penduduk Gaza kini terpaksa bergelap. Penggunaan janakuasa untuk mendapatkan bekalan elektrik kini menjadi kebiasaan tetapi bekalan petrol pula sukar didapati kerana sekatan Israel serta terowong menyeludup yang sudah dimusnahkan.

Di tengah – tengah kesengsaraan dan kemusnahan ini seorang anak muda Gaza muncul dengan ciptaan yang mampu menyelesaikan masalah mendapatkan bekalan elektrik. Ibrahim Saad (18) mencipta alat yang mampu menghasilkan gas memasak dan elektrik dari sumber air. Alat ini dicipta dan dibina sendiri oleh Ibrahim di bengkel rumah beliau. Ianya mampu menghasilkan bekalan hidrogen dari air yang kemudiannya digunakan sebagai gas memasak dan bahan bakar untuk menggerakkan generator elektrik. Ibrahim mendapat idea untuk mencipta alat ini kerana tidak tahan dengan sekatan terhadap penggunaan bahan api yang  dikenakan regim Zionis sejak 2006. Bahan api yang diimport ke Gaza dihadkan jumlahnya dan dijual pada harga yang terlalu mahal. Dengan terciptanya alat mensintesis hidrogen ini Ibrahim dapat mengurangkan pergantungan kepada bahan api konvensional keluarga beliau.

Pepatah Inggeris ada berkata keperluan ialah ibu kepada penciptaan. Di dalam kes Ibrahim Saad keperluan untuk mendapatkan bekalan bahan api dengan lebih mudah memaksa beliau menghasilkan ciptaan buatan sendiri ini. Tahniah terhadap remaja ini. Kami berharap beliau terselamat dari sebarang kecelakaan sepanjang perang Gaza ketiga ini. Adalah merugikan sekiranya remaja bijak seperti beliau terkorban kerana kami yakin dengan kepandaian beliau banyak lagi ciptaan yang mampu membatu komuniti tertindas Gaza dapat dihasilkan. Insya Allah.

BAN Parodi - Gambar Parodi Kejadian Tanah Mendap Di Malaysia

Imaginasi dibawah kepala bana sememangnya sinonim dengan malaysian.. Masa jepun dilanda bencana pun, ada jer artis dan bini orang atasan yang buat sindiran.. Alaaa, pemimpin kita sendiri pun sukakan perodi.. Bila buthurt mula la nak saman media.. Janji parodi kutuk PR takpe.. kutuk umno tu salah disisi ajaran mamat yang sekat wakil DAP..

Runtuhan tanah ni banyak yang perlu diperhalusi.. Dari segi struktur pembangunan, keadaan sosial setempat dan amaran daripada yang maha kuasa..

BAN Kreatif - Binaan LEGO Seni The Lord Of The Rings

Cara nak buat otak budak kecik cergas and kreatif dgn membiarkan mereka merekacipta menggunakan samada LEGO or tanah or pasir. So, dgn cara tu pemikiran kanak2 akan lebih kreatif dan cepat berfikir. Tapi hidup dikawasan flat bandar, mostly kreatif dgn berfikir gaya kesibukan bandar. And aku rasa dunia kanak2 harini banyak dipenuhi depan pc main game.. Seorang user reddit yang gilakan the lord of the ring telah mengilhamkan seni rekaan kepada bentuk LEGO. How much cost.. Dunnowww...

BAN AES - Plat Kereta Anti AES, Anti SpeeTrap Diperkenalkan

Kena speedtrap, kena AES. Konfem menyakitkan jiwa raga. Tambah lagi kat area tu takde bgtau pun ada speedtrap or aes. Tup tup, check dlm rilek dh terpampang satu motivasi minda untuk bagi zakat paksa pada polis.

Dunia makin maju, then adalah product yg mengubah plat number kereta menjadi ala2 plat kereta cerita back to the future or batman. Katanya alat ni boleh dipasang dimana2 kedai aksesori kereta. Harga dalam lingkungan 400. Kalau sekali kena speedtrap 150. Dalam sebulan kena 4 kali. Ko pikir la sendiri.

Gadget ni juga dikatakan senang nak install, just amik masa dlm lingkungan sejam jer. Tapi ikut akta JPJ, mmg salah. Pandai buat, pandai tanggung.

BAN Cute - Alexander Bersama Seni Gadis Makeup Lukisan

Yang minat makeup, ofkos pompuan. Melainkan ko lelaki 2 alam perwira lembik sejati. Baru minat makeup. Tapi laki ada what yg makeup. Cuma biasa2 jela. Just pakai celak mata, bajet diri tu gothic. Yang paling butthurt pakai gincu what style pondan gay placebo. Damn ittt..

Seorang photografer russia yang bernama Alexander Khohlov telah membuat satu makeup yg so kartunis. give him 5 star JDT.

BAN Khayal - Hotel Bilik Dalam Laut Di Tanzania.

Mahu cari percutian yang wow gila menakjubkan. Ke lebih memilih cr sponsore utk kahwin lagi gila grand dari cik ta. Nak cecah billion billion. Then nak salur sejuta kat palestin pun fuhhh susah nak mampos nak lepas tentera haram zionis. Kat malaysia selamba je 13 juta kawin, kat palestin takde letrik, takde brg perubatan, yang ada hanya doa dan mengharap bantuan OIC.

Di Manta Resort island Pemba, Tanzania. Satu hotel yang di designed oleh Mikael Genberg yang mana terdapat bilik di dalam laut. Then boleh lah tunggu mermaid lalu lalang. Hidup ibarat spongebob. Terdapat satu bilik spesel yg kedalaman 250 meter.

BAN Awesome - Body Painting Yang Extreme Ganas!

Ini bukan baju, ini bukan suit arkas, ini bukan apa2. Ini lukisan tahap imiginasi luar kotak penalti. Tak pasti samada ia adalah tattoo or hanya lukisan warna luna crayon sin chan. Yang pasti ia lukisan semata2.

Tapi budaya meleyu pun suka melukis what.. Majlis perkahwinan, pingantin pompuan suka melukis di tapak tangan, di tangan. Kalau india jgn cakap la. Habis semua kaki tangan dia inai. Omputeh more extreme lagi, habis sebadan dgn pelbagai corak.

Hopefully takde in future yang buat baju bersanding just body painting. Mmg gila nak kiamat kalau ada yang buat.

BAN Seni - Zheng Dengan Teknik Ukiran Kayu Yang Gorgeous

Siapa pernah buat tukang kayu zman sekolah time kemahiran hidup. Ke ko amik jurusan mak mak di dapur. Sekarang aku tak tau la ada lagi ke tak kemahiran hidup kat sekolah. Kat university lain cerita. Setahu aku, melayu memang terkenal dgn seni ukir. Melayu zaman dulu2 la. Tengok je la ukiran kayu yang dibuat oleh nenek moyang melayu dulu2. Tapi sekarang ukiran print, lukisan kat computer then guna machine.

A wooden sculpture, featuring the famous painting Along the River During the Qingming Festival, succeeds in creating a new Guinness World Record - "the world's longest wooden sculpture" - on November 14, 2013. Chinese artist Zheng Chunhui spent four years creating the sculpture, which is 12.286 meters long, 3.075 meters high and 2.401 meters wide.