BAN Kreatif - Rumah Penempatan Bencana Alam Onagawa Jepun Yang Bijaksana

Kehancuran di kuala krai akibat banjir sangat dahsyat. Aku rasa umum sedia maklum dengan gambar yang dikongsi dalam facebook. Kerajaan perlu mengambil tindakan cepat dan pantas dalam membantu mangsa bencana alam ni. Tak kiralah kerajaan negeri atau pusat. Perlu bergabung idea untuk membantu rakyat. Aku rasa more better disiapkan terlebih dahulu penempatan banjir. Ini akan memudahkan lagi pengagihan bantuan makanan dan keperluan kepada mangsa banjir. Kerajaan negeri juga perlu cepat klasifikasikan tempat paling strategik untuk dibina penempatan sementara. Ada laporan menyatakan terdapat lebih 5000 rumah musnah. Boleh dikatakan mini tsunami dikelantan.

Disini aku share satu penempatan sementara yang dibuat oleh kerajaan jepun untuk membantu mangsa tsunami. So kreatif dan bijaksana. Penempatan perumahan sementara ini dibina dari kontena terpakai dan sehingga kini masih ada keluarga yang tinggal di penempatan sebegini. Penempatan ini dibina pada 2011 selepas Jepun dilanda tsunami pada Mac 2011. Walaupun ia hanya nampak biasa di luar, tetapi dalamannya dibina dengan kemas dan praktikal.