• Politik Terkini

    Wednesday, January 4, 2017

    AMANAH Bidas PAS Isu 3 Penjuru "Sama2 Tanggung Akibat"


    Pertandingan tiga penjuru mungkin tidak dapat dielakkan dalam pilihan raya umum akan datang jika PAS terus mengugut PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sekiranya mereka bekerjasama dengan AMANAH.

    Ketua Penerangan AMANAH, Khalid Samad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad semalam bahawa kegagalan untuk berunding dengan PAS akan menyebabkan semua parti pembangkang akan "sama-sama menanggung akibatnya".
    "AMANAH mengambil maklum pandangan Iskandar yang menyebut bahawa sekiranya AMANAH ingin gantikan PAS maka AMANAH perlu bertanding sendiri melawan PAS dan bukan menghantar parti lain sama ada PKR atau PPBM," 
    "AMANAH cukup bersetuju supaya PKR dan PPBM jangan dikaitkan dalam persoalan persaingan antara PAS dan AMANAH.
    "AMANAH mengesyorkan supaya PAS menghentikan ugutan terhadap PKR dan PPBM dengan kata-kata akan bertanding di kerusi kedua-dua mereka sekiranya mereka berkerjasama dengan AMANAH,"
    Menurutnya, AMANAH terpaksa bersedia menghadapi PAS secara tiga penjuru sekiranya PAS terus berusaha memecahbelahkan Pakatan Harapan dengan berunding hanya dengan PKR dan PPBM dan tidak dengan pakatan itu.

    Isnin lalu, Iskandar dilaporkan berkata, sekiranya parti-parti lain boleh bersetuju pertandingan dua penjuru, PAS sedia untuk menghormatinya.

    Jika tidak ada persetujuan dan akan berlaku "free for all", PAS bersedia untuk menerokai kawasan-kawasan baru, katanya.

    MK

    No comments:

    Post a Comment