Seludup Pendatang Asing Paling Sadis!


Polis menahan dua warga Maghribi kerana cuba menyeludup pendatang melalui wilayah Ceuta dengan menyembunyikan mereka di dalam kereta dan bagasi, lapor BBC.

Ketika polis memeriksa kenderaan terbabit, seorang telah ditemui di papan pemuka manakala seorang lagi di tempat duduk berongga belakang kereta berkenaan.

Lelaki dan wanita dipercayai warga Guinea menerima bantuan perubatan ekoran kesukaran bernafas akibat kekurangan udara.

Dalam insiden berasingan, seorang remaja Afrika dipercayai dari Gabon turut ditemui disembunyikan di dalam sebuah beg pakaian wanita.

Susulan penemun itu, seorang wanita warga Moroco, 22 tahun ditahan selepas taktiknya berjaya dikesan pihak kastam disempadan Ceuta yang memintanya membuka beg berkenan yang diikat pada troli.

Kejadian berlaku serentak dengan cubaan warga Afrika Sahara menyerbu pagar dengan ketinggian 20 kaki sempadan memisahkan Ceuta dari Maghribi.

Lima puluh pengawal sempadan Maghribi dan lima pengawal sempadan Sepanyol cedera apabila 1,100 pendatang cuba untuk memanjat pagar pada hari Ahad.                      

Tiada pendatang berjaya melepasinya namun dua dilaporkan cedera.

SH

Post a Comment

1 Comments