Spekulasi Kesihatan Sultan Mizan - Datin Haslina Minta Netizen Henti Sebar Polimik Tidak Benar


Datin Haslina tampil meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung keadaan kesihatan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, susulan beberapa hantaran yang menjadi perhatian di media sosial.

Menerusi satu hantaran di threads, beliau meminta masyarakat mendoakan kesihatan baginda dan tidak menyebarkan perkara yang belum dipastikan kesahihannya.

“Jangan viral pelik-pelik, doa jer ke Tuanku Sultan Terengganu.”

Datin Haslina turut memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp yang menurutnya dibuat selepas beliau berasa risau melihat pelbagai komen mengenai keadaan Sultan Mizan.

Dalam perbualan tersebut, beliau bertanya mengenai dakwaan yang tersebar berkaitan kesihatan baginda. Individu yang membalas mesej itu mendakwa Sultan Mizan akan menjalani pembedahan lutut.

Bagaimanapun, maklumat mengenai pembedahan tersebut merupakan dakwaan dalam perbualan peribadi yang dikongsikan dan belum dapat disahkan melalui kenyataan rasmi yang ditemui setakat ini.

Solat Hajat Untuk Kesihatan Sultan Mizan

Apa yang telah disahkan ialah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) meminta semua masjid dan surau di seluruh negeri mengadakan solat hajat khas bagi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Sultan Mizan.

Solat hajat di masjid ditetapkan selepas solat Jumaat pada 24 Julai 2026, manakala surau melaksanakannya selepas solat Isyak pada hari yang sama. Orang ramai turut diseru hadir bersama-sama mendoakan agar baginda dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan.

Justeru, masyarakat dinasihatkan supaya tidak membuat andaian mengenai keadaan kesihatan baginda berdasarkan khabar angin di media sosial.

Sama-sama kita mendoakan semoga Sultan Mizan Zainal Abidin sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.



Post a Comment

0 Comments