• Politik Terkini

    Sunday, January 8, 2017

    IPTA - Hapuskan Pelajar "Pak Turut", Lahirkan Pelajar "Gersang Kemajuan"


    Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kini hanya menjadi tempat menyemai sikap “pak turut” dalam kalangan mahasiswa, kata Prof Tajuddin Rasdi.

    Pensyarah jurusan seni bina yang hampir 3 dekad mengajar di IPTA itu berkata universiti awam juga bukan lagi menjadi tempat untuk seseorang “mempelajari sesuatu yang bermakna”.

    Beliau berkata universiti kini merosot dan hanya menjadi tempat mendapatkan sijil untuk masuk ke alam pekerjaan semata-mata.
    “Kalau bak belajar jadi jurutera atau arkitek bolehlah. Tetapi kalau ingin menjernihkan pemikiran, tidak perlu masuk universiti. 
    “Ia gersang dengan kesedaran, tempat terakhir untuk belajar sesuatu yang bermakna. Ini aspek yang menyedihkan saya,” katanya pada forum “Melayu Badut atau Melayu Wawasan” di sini, semalam.
    Tajuddin ialah bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia.
    “Ada pepatah ‘seperti katak di bawah tempurung’. Persoalannya adakah katak itu masuk sendiri, atau ada yang meletakkannya di bawah tempurung itu,” soalnya yang lantang mengkritik universiti awam dalam tulisannya di media.
    Antara kritikannya sebelum ini mengenai pembaziran dana oleh universiti bagi penyelidikan yang tidak bermanfaat secara terus kepada masyarakat dan berpotensi dihentikan separuh jalan, seperti yang dilaporkan FMT pada 16 Oktober lalu.

    Beliau menceritakan pengalamannya menjadi penilai kepada pelajar Ijazah doktor falsafah (PHD) yang enggan menjawab soalannya kerana alasan ia “berbau politik”.
    “Saya bertanya bagaimana pelajar itu akan membawa cadangan dan kajiannya kepada Kementerian Pendidikan untuk diaplikasikan di sekolah. Beliau menjawab ‘maaf, kita tidak cakap (isu) politik’,” 
    Beliau menyifatkan ia sebagai perkara yang malang memandangkan mahasiswa yang kritis kunci kemajuan negara.

    Tajuddin sebelum ini membidas tindakan 2 universiti awam menggantung dan mendenda aktivis mahasiswa Anis Syafiqah dan Asheeq Ali kerana menyertai demonstrasi #TangkapMO1 27 Ogos lalu.

    Antara sebab yang digunakan untuk hukuman itu ialah mereka melanggar undang-undang dan menjatuhkan reputasi universiti.

    Sementara itu, Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika berucap pada forum sama mempersoalkan dwi-standard antara mahasiswa Malaysia di universiti luar negara dan tempatan.
    “Mahasiswa yang mendapat biasiswa di luar negara boleh berbincang tentang isu negara, tetapi tidak bagi mahasiswa di universiti di sini.
    “Ini perlu diubah. Jika minda anak muda dikongkong sejak awal, negara tidak akan dapat melahirkan generasi kritis dan Melayu berwawasan,”

    FMT

    No comments:

    Post a Comment

    Blogger Pembangkang

    Blogger BarisanNasional

    Blogger NonPolitik