Video Aksi Bergayut Pada Menara Komunikasi, Polis Terengganu Belum Menerima Aduan


Polis masih tidak menerima sebarang aduan berhubung video dua remaja lelaki yang melakukan aksi berbahaya bergayut pada menara komunikasi dipercayai di Bukit Chendering, di sini, yang menjadi tular di laman sosial termasuk Youtube sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, sehingga kini, pihaknya masih tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pengendali menara komunikasi berhubung insiden pencerobohan tersebut.
“Kita tidak dapat mengesahkan sama ada kejadian dua remaja lelaki yang bergayut di menara komunikasi benar-benar berlaku di bandar raya ini.
“Meskipun begitu, kertas siasatan akan dibuka secara serta-merta sekiranya terbukti benar perbuatan berbahaya itu dilakukan di bandar raya ini,” 
Idris berkata, setakat ini, tiada mana-mana pihak tampil untuk membantu siasatan berhubung insiden pencerobohan menara komunikasi terbabit.

Sehubungan itu, beliau meminta pengendali menara komunikasi yang dicerobohi terbabit agar membuat aduan kepada pihak polis dengan segera sekiranya ada.

Sebelum ini, video dua remaja berusia dalam lingkungan 20-an melakukan aksi berbahaya bergayut pada palang menara komunikasi dalam keadaan angin kencang tersebar di laman sosial termasuk Youtube sejak beberapa hari lalu.

SH     

Post a Comment

0 Comments