Seorang warga emas dari Kampung Keda Che Bema yang tinggal sebatang kara merayu bantuan untuk menampung kos sara hidup berikutan keadaan keadaan kesihatan yang semakin merosot.
Abdul Rahman Abdullah, 57, yang mengidap penyakit asma merasa cepat penat tinggal seorang diri sebuah rumah tiada bekalan elektrik dan air.
Dia yang hanya bergantung kepada hasil menangkap ketam nipah tidak jauh dari tempat tinggalnya.
Abdul Rahman berkata, dia hidup bersendirian dan disisihkan ahli keluarga sejak memeluk Islam pada tahun 1989.Katanya, dia mempunyai seorang kakak dan tiga adik perempuan yang kini bekerja sebagai peguam dan guru.
Katanya, sebelum ini dia pernah bekerja sebagai pembantu kedai memproses ayam di Semeling tetapi akibat keadaan kesihatan bertambah teruk terpaksa berhenti dan kini mencari rezeki sendiri dengan menangkap ketam, demi sesuap nasi.
“Pendapatan tidak menentu ini sukar untuk saya menyara hidup. Saya cuma ada satu motosikal buruk untuk berulang alik dari kampung ke tempat menangkap ketam.
“Kadang kala, ketam yang ditangkap dijual tidak sampai RM10, ditolak duit membeli umpan dan kos minyak sebagainya, tak ada duit membeli makanan terpaksa mengharap belas ihsan jiran tetangga membantu,”katanya, ketika ditemui di rumahnya, kelmarin.
Abdul Rahman atau nama sebelum Law Meng Thong berkata, oleh kerana tidak mampu membayar bil air dan elektrik, kedua-dua kemudahan itu dipotong sejak lima tahun lalu.
“Setiap malam pula, saya akan memasang lilin dan tadah air hujan untuk kegunaan harian.Bila tidak ada duit untuk membeli makanan, saya anggap hari itu saya berpuasa sahaja, saya bukan jenis suka ‘meminta’ sangat,”katanya.
Sesiapa yang sudi membantu warga emas itu boleh menghubungi di talian 014-2664868.
Semakan di Pejabat JKM Daerah Kuala Muda dan mendapati tiada sebarang rekod warga emas membuat permohonan sehingga kini.
Sebelum ini, kisah hidup warga emas ini tersebar di Facebook yang dimuatnaik anak jiran agar nasib warga emas itu dibantu.
SH
0 Comments