• Politik Terkini

    Monday, February 13, 2017

    Sektor Awam Diperkecilkan, Petanda Kerajaan Dalam Situasi Tenat ?


    Bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim mencadangkan agar kerajaan mengecilkan size perkhidmatan awam selagi mampu untuk berbuat demikian.
    "Saya akan kata, walaupun perbelanjaan kerajaan untuk memberhentikan (kakitangan awam) adalah besar, adalah berbaloi untuk melakukannya sekarang selagi termampu, daripada menunggu sehingga kita terjerumus ke dalam krisis kewangan seperti yang berlaku di Greece," jelasnya.
    Mohd Sheriff merujuk kepada tindakan beberapa negara di benua Eropah yang secara tiba-tiba mengecilkan saiz perkhidmatan awam bagi mengurangkan perbelanjaan operasi setelah ekonomi terjejas teruk.

    Pemberhentian kakitangan awam pada masa ini juga akan menjadi satu pendekatan yang positif dengan membolehkan mereka diberikan pampasan adil, kata Sheriff pada forum tadbir urus ekonomi di Sasana Kijang, Bank Negara hari ini.

    Tambah beliau, lebihan kakitangan perkhidmatan awam telah menyebabkan ketidak cekapan dalam ekonomi dan kegagalan dalam disiplin kewangan kementerian serta jabatan kerajaan.

    Sheriff turut berjenaka mengenai keperluan Malaysia untuk mencontohi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam tindakan pengecilan saiz perkhidmatan awam.
    "Oleh kerana semua usaha (kami) sebelum ini untuk mengecilkan (perkhidmatan awam) tidak berjaya, mungkin kita harus mengikuti Donald Trump yang berkata mahu mengurangkan saiz perkhidmatan awam di Washington kerana mewujudkan terlalu banyak birokrasi, melumpuhkan ekonomi dan membebankan bajet persekutuan.
    "Ada arahan daripada Trump bahawa bagi setiap jabatan baru atau agensi diwujudkan, dua yang ada harus ditutup.
    "Saya fikir jika kita terima pakai arahan ini dengan jelas, ia akan menjadikan kementerian berfikir dua kali sebelum mereka mahu berjumpa Jabatan Perkhidmatan Awam," ujarnya.
    Malaysia kini mempunyai 1.6 juta penjawat awam dan kerajaan perlu memperuntukkan RM76 bilion setahun untuk penggajian dan elaun. Sebanyak RM21.6 bilion lagi dibelanjakan untuk bayaran pencen.

    MK

    3 comments:

    1. Mohd Sheriff, jauh beza Malaysia dgn Amerika. Sebahagian besar kakitangan awam Malaysia termasuk yg undi pos mungkin 'fixed deposit'.

      ReplyDelete
    2. Jumlah kakitangan awam di malaysia memang amat merapu! semuanya bermula dari zaman MahaKUTTY yang ambil banyak kakitanga awam untuk tujuan UNDI!!
      ...jadi kalau Najeebool nak kurangkan jumlah kakitangan awam malaysia yg jumlahnya memang tak masuk akal, patut pembankang sokong lar! DAPig pun sokong! jadi kuranglah belanja kerajaan serta 'FIXED Deposit' undi UMNgOk!

      ReplyDelete
    3. Pertama..kurangkan jumlah menteri dan timbalan menteri yang terlalu ramai dan hanya membazirkan duit rakyat. Kedua..mansuhkan jabatan2 dan agensi2 yang diwujudkan semata2 untuk membela umnobn. Ketiga..buang setiausaha2 kementerian dan ketua2 jabatan yang gila2 makan rasuah dan salahguna kuasa. Dan yang terakhir..binasakan MO1 yang mengkleptokrasikan duit rakyat kepada bajingan2 tertentu dan menggadaikan Malaysia kepada negara asing.

      ReplyDelete