• Politik Terkini

    Sunday, March 19, 2017

    Gara2 Mahu Kuat Seks, Cincin Terlekat Di Kemaluan


    Seorang pemuda terpaksa menahan sakit hampir 12 jam gara-gara sebentuk cincin besi tersekat pada kemaluannya sejak jam 8 malam tadi.

    Lelaki berusia lingkungan 20-an itu dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang pagi tadi untuk mendapatkan rawatan lanjut.

    Bagaimanapun, usaha mengeluarkan cincin besi itu gagal dan pihak hospital terpaksa mendapatkan khidmat daripada pasukan Bomba dan Penyelamat Jalan Perak kira-kira jam 10.50 pagi Ahad.

    Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Mohd Asrul Naim Abidin berkata, bomba berjaya mengeluarkan cincin tersebut dalam tempoh 10 minit.

    Menurutnya, lelaki berkenaan menggunakan cincin itu supaya kemaluannya tahan lama ketika melakukan hubungan intim.

    Malangnya, cincin itu tersekat dan mangsa  menggunakan pelbagai cara untuk mengeluarkan cincin berkenaan namun cubaannya gagal.

    Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadan stabil.

    AstroAwani

    No comments:

    Post a Comment