RTM tidak mempunyai rancangan untuk menyiarkan debat antara bekas perdana menteri Tun Dr Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, debat itu adalah semata-mata antara kedua-dua individu tersebut.
"Pada saya itu adalah satu perbahasan antara dua individu dan bukan satu perbahasan yang telah dianjurkan oleh pihak RTM itu sendiri.
"Dan kita tak ada rancangan untuk menyiarkan perbahasan tersebut secara langsung," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.Rabu lalu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa Salleh membenarkan debat itu disiarkan secara langsung.
Debat tersebut dijadual berlangsung di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar, Perak pada 25 Mac.
Antara topik perdebatan :
- Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB),
- RM2.6 bilion dalam akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,
- Projek Keretapi Laju Pantai Timur (ECRL) dan
- Skandal BMF yang berlaku ketika Mahathir menjadi perdana menteri.
Bagaimanapun, Mahathir kemudian mengeluarkan cabaran balas dan meminta Nazri bertanding di Langkawi.
Selepas siri cabar mencabar, kedua-duanya bersetuju untuk berdebat di Padang Rengas, pada 25 Mac, bertepatan lawatan Mahathir ke kawasan itu bagi menghadiri satu majlis anjuran BERSATU.Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengesahkan telah menerima permohonan daripada pihak penganjur dan menyokong debat berkenaan.
MK
1 Comments
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete