• Politik Terkini

    Wednesday, May 3, 2017

    Adakah PAS Akan Bidas "PM Pro-China" ?


    Orang Melayu dan Umno mempunyai lebih banyak sebab untuk takut terhadap pergantungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas China berbanding DAP, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Bekas Perdana Menteri itu berkata, terdapat kemungkinan bahawa kemudahan baru di pelabuhan Kuantan dan Melaka, yang diluluskan oleh pentadbiran Najib, akan digunakan oleh tentera laut China.
    “Kemenangan Najib dan Umno akan mengikat Malaysia dengan negara China, dan Malaysia tidak lagi dapat mengamal dasar luar berkecuali seperti dahulu,” katanya dalam tulisan terbaru di blog.
    Mahathir memetik seorang penulis Cina, yang dia tidak dinamakan bahawa kedua-dua pelabuhan itu akan digunakan oleh tentera laut kuasa besar berkenaan.

    Malaysia dan China sedang bersama membangunkan sebuah pelabuhan laut dalam baru sebagai sebahagian daripada projek Gateway Melaka. Ia dijangka memulakan operasi pada 2019.

    Tiga syarikat Cina - PowerChina International, Shenzhen Yantian Port Group dan Rizhao Port Group - terbabit dalam perjanjian itu.

    Di Kuantan, China banyak melabur di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan serta projek pembesaran Pelabuhan Kuantan.

    Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) akhirnya akan bertindak sebagai jambatan darat yang menghubungkan Laut China Selatan ke Selat Melaka, yang akan membolehkan penghantaran kargo dengan memintas Singapura.

    Semua projek-projek baru ini dimulakan oleh pentadbiran Najib.

    MK

    No comments:

    Post a Comment