• Politik Terkini

    Tuesday, August 1, 2017

    Mat Saman - Adakah Ini Saja Dilakukan Umno, Pas, Pkr & DAP ?

    Pada April 2013,disaat menghadapi PRU13,  sekeping tanah seluas 1,172 ekar, berdekatan dengan Kota Kemuning, Putra Heights dan Bandar Rimbayu yang mempunyai akses dengan 4 lebuhraya utama - telah dijual kepada Tropicana dengan harga RM1.297 bilion dan akan dibayar dalam tempoh 20 tahun.
    .
    Tak sampai 10 bulan kemudian iaitu pada Jan 2014, Tropicana menjual hanya 25% daripada keluasan tanah tersebut (308.72 ekar) kepada Eco world dengan harga 470.67 juta, (tunai). Pada masa itu, bayaran yang dibuat kepada kerajaan negeri Selangor melalui PNSB hanyalah deposit sebanyak RM50 juta.
    .
    Bila mengetahui hal ini, Khalid mengamuk dan meminta Tropicana membayar RM844.2 juta, Tak perlu bayar RM1.3 billion untuk tempoh 20 tahun.
    .
    Khalid kena tipu dalam hal ini.
    .
    Siapa pemilik Tropicana? Tropicana dimiliki oleh Tan Sri Datuk Danny Tan. Adik Vincent Tan...pemilik Berjaya Group. Kroni Mahathir.
    .
    Adakah Khalid bersekongkol dengan Umno? Tunggu sekejap.
    .
    Semasa tender dibuka, tiga syarikat telah membuat tawaran. Tropicana elah membuat tawaran menerusi syarikat proksi, Dijaya Corporation yang menawarkan Rm895 juta dan dibayar untuk tempoh 20 tahun.
    .
    Kedua, SP Setia menawarkan RM1.15 billion dan dibayar untuk tempoh 6-8 tahun sahaja.
    .
    Ketiga, Mah Sing Group menawarkan RM945juta dan dibayar dalam tempoh 7 tahun.
    .
    Kalau ikutkan syarat tender, yang dapat ialah SP Setia dan bukan Dijaya Corporation. Tapi Dijaya Corp secara diam-diam telah diminta untuk menaikan harga tawaran mereka kepada RM1.3 billion secara rahsia.
    .
    Macam mana perkara ini boleh berlaku? Kerana Dijaya Corp mempunyai kabel yang cukup besar dalam PR. Azmin Ali, Teresa Kok dan Ronnie Liu.
    .
    Huh!! PKR...DAP...jadi kroni Vincent Tan?
    .
    Lebih menarik lagi..Dijaya Corp telah menyumbang sebanyak RM200 juta kepada Pakatan Rakyat Selangor untuk menghadapi PRU 13. 
    .
    Paling menarik.....Azmin sebagai Pengarah Pilihanraya PKR mengugut untuk menggugurkan Khalid dari dicalonkan sekiranya Khalid membantah dan kalau setuju, akan diletakkan di Pelabuhan Kelang.
    .
    Mengapa DAP juga turut menyokong Azmin untuk menyingkir Khalid?
    .
    Vincent Tan sekarang sudah jadi kroni DAP. Dia sekarang sedang menyiapkan beberapa projek di Pulau Pinang....diantaranya, GDV Bayan Mutiara Penang World City Project bernilai RM10 billion. (Vincent Tan memperolehi tanah dengan harga murah..RM240 sekaki persegi dan hanya dibayar dalam tempoh 5 tahun).
    .
    Vincent Tan juga ada projek membina IKEA Batu Kawan menerusi Ivory Properties. Vincent Tan juga terlibat dalam membangunkan semula Penang Turf Club yang bernilai berbilion ringgit.
    .
    Hei!! Guan Eng pun kroni Vincent Tan ka?
    .
    Bullshit la....bila kita bising sikit..kita dilabel macai Umno. Tapi pemimpin diatas...berpeluk sakan dengan Umno.
    .
    Adakah ini saja yang dilakukan oleh Umno, PAS, PKR dan DAP?
    .
    Cuba cari balik cerita macam mana Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham (masa itu) bersekongkol dengan Umno, Gerakan, MCA untuk mendapatkan 10,500 ekar di Kelantan.
    .
    Di Kelantan???!!!
    .
    Syhhhhhh!!!

    Facebook : Mat Saman Kati

    No comments:

    Post a Comment