• Politik Terkini

    Tuesday, September 12, 2017

    Pemandu Rapid (Viral) Digantung Tugas

    Seorang pemandu bas Rapid KL digantung tugas bagi menjalankan siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan bas itu melanggar pembahagi jalan sebelum membuat pusingan U di Puchong, semalam.

    Memetik Harian Metro, Naib Presiden Kanan Prasarana Azhar Ghazali berkata perkhidmatan pemandu tersebut digantung sementara menunggu siasatan terperinci.

    Kejadian tersebut berlaku berhampiran stesen LRT Alam Sutera, Bandar Kinrara, Puchong.

    Prasarana juga memohon maaf di atas segala keresahan yang timbul terhadap pengguna perkhidmatan awam.

    No comments:

    Post a Comment