Korea Utara - US Penyangak Dunia, Pyongyang Bersama Palestin


Korea Utara menggelar Amerika Syarikat (AS) sebagai pemusnah keamanan dunia, selepas tindakan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Kementerian Luar Korea Utara dalam kenyataan media semalam berkata: 
Pyongyang mengutuk sekeras-kerasnya langkah AS sambil menyatakan solidariti kepada penduduk Palestin dan rakyat Arab dalam mempertahankan hak mereka.
"AS perlu bertanggungjawab atas segala akibat daripada perbuatan jahat mereka," kata kenyataan itu.

Pada masa sama, seorang jurucakap kementerian itu berkata, langkah Trump bukan sesuatu yang mengejutkan kerana selebriti dan ahli perniagaan itu pernah menggesa kemusnahan Korea Utara.
"Apa yang dilakukan Trump jelas menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa beliau adalah pemusnah keamanan dunia...beliau juga seorang penyangak antarabangsa," katanya.
Pada September lalu, Trump semasa ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), secara terbuka mengancam keselamatan Korea Utara dan menegaskan AS akan menghancurkan negara itu jika perlu.

Sumber : SH

Post a Comment

1 Comments

  1. Mohon kim buat serangan nuclear kt white house. kami menyokong sebulat suara

    ReplyDelete