Segalanya seakan tidak menjadi buat pengurus Manchester United Jose Mourinho. Belum reda isu tewas kepada musuh tetangganya Manchester City, pengendali berbangsa Portugis itu terlibat pula dengan pergaduhan dengan penjaga gawang Manchester City, Ederson.
Pergaduhan bermula apabila Mourinho yang menghampiri bilik persalinan skuad pelawat dan meminta pemain Manchester City jangan terlalu buat bising ketika meraikan kemenangan mereka.Tidak puas hati dengan tindakan itu, Ederson yang juga penjaga gol kebangsaan Brazil kemudian bertegang urat dengan Mourinho.
Perang mulut menarik perhatian beberapa lagi individu dan mencetuskan pertengkaran lebih besar melibatkan sekurang kurangnya 20 orang terrmasuk penyerang United Romelu Lukaku dan jurulatih penjaga gol pasukan itu Silvino Louro.
Mourinho dilaporkan lencun selepas terkena simbahan susu dan air oleh Ederson. Namun jurulatih City, Mikel Artete lebih malang apabila mengalami luka di bahagian atas mata.Episod tegang ini mengulangi insiden hampir sama pada 2004 ketika sambutan Battle of Buffet di Old Trafford selepas United menamatkan rekod 49 perlawanan tanpa kalah Arsenal yang menyaksikan bekas pengendali United Sir Alex Ferguson dilempar pizza.
Mourinho kibar bendera putih
Mourinho sebelum itu mempertikai keputusan pengadil perlawanan Michael Oliver yang tidak memberikan sepakan penalti kepada Ander Herrera sebaliknya melayangkan kad kuning selepas dia dilihat merebahkan badan dalam kotak penalti.
Keputusan tengah malam tadi menyaksikan Mourinho buat kali pertama mengakui harapan untuk The Red Devils menjulang piala Liga Perdana Inggeris EPL kian pudar.
"Persaingan taktha liga mungkin sudah berakhir. City adalah pasukan yang berkualiti dan dilindungi oleh tuah dan semua dewa bola sepak berada di belakang mereka.” kata Mourinho.City kini mengukuhkan kedudukan di takhta EPL dengan melebarkan kedudukan kepada 11 mata mengatasi United di tangga kedua.
Sumber : AstroAwani
2 Comments
11 mata leading. bagi jela piala EPL terus kt MC
ReplyDelete"sudahlah kalah, disimbah susu pula" - pepatah portugis
ReplyDelete