Wanita Pakatan Harapan (HARAPAN) menuduh Umno menggalakkan ugutan terhadap artis yang bersuara tentang keadaan semasa negara.
Ketua penerangannya Aiman Athirah merujuk serangan terhadap golongan artis seumpamanya dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang sudah selesai baru-baru ini.
“Ucapan pemimpin Umno menyasarkan untuk menekan dan mendiamkan suara rakyat yang disampaikan melalui golongan artis. Ia adalah umpama isyarat kepada samseng pro-Umno agar menghantar mesej ugutan kepada artis seperti Nur Fathia Abdul Latiff,”Aiman yang juga ketua saya wanita Parti Amanah Negara (AMANAH) merujuk dakwaan Fathia semalam berhubung ugutan yang diterima daripada orang yang tidak dikenalinya.
Fathia sebelum ini menyatakan rasa kesal terhadap serangan ke atas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menyertai pembangkang.
Kenyataan pro-Mahathirnya mengundang perlbagai kritikan daripada golongan prokerajaan.
Beberapa artis lain termasuk Datuk Sheila Majid dan Adibah Noor, turut baru-baru ini mengeluh berkenaan situasi negara.
Awal hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mempelawa artis menghadiri taklimat bagi memberi gambaran berkenaan situasi ekonomi negara.
Sumber : MK
2 Comments
macam2
ReplyDeletenak senang jadi macai. mcm azwan ali.
ReplyDelete